29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saya Nak Gandingan Yang Boleh Bincang, Bukan Ikut Kepala Sendiri’ – Noki Selektif Pilih Rakan Lakon

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Noki mengakui bahawa dia kini lebih selektif dalam memilih gandingan pelakon bagi setiap projek lakonan yang ditawarkan, khususnya melibatkan pelakon wanita.

    Artikel Berkaitan: Noki Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan Anak Istimewa – ‘Awalnya Struggle, Kemudian Jadi Kawan’

    Artikel Berkaitan: Noki Dedah Tak Lalui Zaman Sekolah Seperti Pelajar Lain – ‘Saya Nak Hidup Sendiri, Tak Mahu Balik Rumah’

    Mahu gandingan yang mudah berbincang

    Ketika ditemui , Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 31, menjelaskan bahawa pemilihan pasangan gandingan amat penting bagi memastikan proses penggambaran berjalan dengan lancar.

    Saya memang pilih gandingan pelakon dalam projek lakonan lebih-lebih lagi membabitkan pelakon wanita.

    Mungkin, saya terlalu awal untuk menghakimi orang tapi bila saya sendiri sudah cuba bercakap dengan pelakon itu tapi respons diterima tidak okay, saya tidak akan teruskan.

    Kalau saya ada perasaan tidak boleh berlakon dengan gandingan saya itu, saya akan tolak tawaran berkenaan.

    Noki berkata demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat dan pelancaran trailer filem ‘Tiket Sehala’ di Tomaz Pickleball Club, Subang Jaya, pada Khamis.

    MENARIK:  Marissa Dania Dikecam sebagai Penyondol oleh Abby Abadi – 'Dia Harus Terima Akibat dari Perbuatannya'

    Dalam pada itu, Noki turut menegaskan bahawa dia mengutamakan pelakon yang mudah berbincang serta mempunyai persefahaman ketika bekerja di set.

    Saya mahukan gandingan pelakon yang boleh berbincang dan bukan hanya ikut kepala mereka sendiri kerana memang ada pelakon berperangai sebegitu.

    Mungkin tak salah nak berperangai seperti itu tetapi jika kita mahu hasilkan naskhah yang baik ia perlu berpandukan semua aspek dan barulah hasilnya terbaik.

    Kalau kita tiada persefahaman dengan pelakon yang digandingkan di set, ia akan menyusahkan untuk bekerjasama dan saya bimbang hasilnya tidak seperti diharapkan.

    Dalam masa sama, Noki menjelaskan bahawa keputusan tersebut bukan didorong oleh kebimbangan untuk terjebak dengan cinta lokasi.

    Saya memilih pasangan gandingan dalam lakonan untuk menghasilkan karya yang baik bukan sebab bimbang terjebak cinta lokasi dan sebagainya.

    The post Saya Nak Gandingan Yang Boleh Bincang, Bukan Ikut Kepala Sendiri’ – Noki Selektif Pilih Rakan Lakon first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah