29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Salah Faham Antara Saya, Super Bubu & Jenama Tudung Sudah Selesai’ – Farah Deluna

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Farah Deluna tampil memaklumkan bahawa segala salah faham yang berlaku melibatkan dirinya, Super Bubu dan pemilik jenama tudung Moonandstella telah diselesaikan dengan baik.

    Artikel Berkaitan: ‘Niat Saya Untuk Bersihkan Kekeliruan, Bukan Ajak Kebencian’ – Farah Deluna Mohon Henti Buli Siber

    Sudah berbaik

    Menerusi satu perkongsian di Threads, Farah atau nama sebenarnya Farah Hamdan menjelaskan bahawa kemelut yang berlaku sebelum ini hanyalah berpunca daripada salah faham yang kini telah pun diperjelaskan.

    Alhamdulillah, segala salah faham telah diselesaikan dengan baik antara saya, Super Bubu dan Moonandstella.

    Saya percaya apa yang berlaku hanyalah satu salah faham yang kini telah pun diperjelaskan.

    Menurut Farah, Bubu bukanlah seperti gambaran yang diperkatakan di media sosial, malah berharap semua pihak dapat memberikan ruang kepada mereka untuk terus melangkah ke hadapan.

    Bagi saya, Bubu bukanlah seperti gambaran yang sedang berlegar di media sosial.

    Saya berharap semua pihak dapat memberi ruang untuk kami terus bergerak ke hadapan.

    Tiada siapa yang sempurna, dan kita semua belajar daripada setiap kesilapan.  

    Dalam pada itu, Farah turut berharap agar semua pihak dapat melihat perkara yang telah berlaku dari sudut yang lebih positif, selain menyeru supaya sebarang bentuk kebencian atau serangan peribadi dihentikan.

    Saya percaya kita semua mampu melihat perkara ini dari sudut yang lebih positif, terus menyokong dengan hati yang terbuka, serta menghentikan sebarang kebencian atau serangan peribadi.

    Kita lebih baik daripada ini.

    Saya sangat hargai setiap doa, teguran dan sokongan yang baik daripada kalian semua.

    Sebelum ini, nama Farah Deluna terpalit dengan kontroversi selepas didakwa menjadi punca akaun Instagram sebuah jenama tudung dinyahaktifkan.

    MENARIK:  Penerbit Filem Misteri Fraser 1910 Bakal Saman Pengarah RM1 Juta, Dakwa Difitnah Tak Bayar Gaji Kru & Tayangan Disekat

    Sumber: Threads

    The post ‘Salah Faham Antara Saya, Super Bubu & Jenama Tudung Sudah Selesai’ – Farah Deluna first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah