27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pelakon Lain Road To Oscar Tapi Saya Nak Road To Jannah’ – Ashraf Muslim

    Shopee Sale

    Pelakon Ashraf Muslim yang sinonim dengan watak berjiwa besar mengakui telefilem Bisikan Qarin memberi cabaran luar biasa kerana menuntut keseimbangan antara sisi spiritual dan emosi.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Jadikan Media Sosial Sebagai Platform Selesaikan Masalah’ – Ashraf Muslim

    Artikel Berkaitan: ‘Kahwin Niat Kerana Allah, Kalau Nak Elak Zina Itu Jawapan Klise’ – Ashraf Muslim

    Ingat diri ujian iman

    Menurut Ashraf, 44, watak Dr Hilal yang dibawanya mengingatkan dirinya tentang ujian iman yang dilalui setiap insan.

    Watak ini mengingatkan saya tentang ujian iman dalam diri manusia sendiri.  Ia bukan sekadar lakonan, tetapi satu refleksi tentang sejauh mana kita kuat melawan hasutan dalaman.

    Kata Ashraf, biarpun tanggungjawab itu berat, dia lega kerana kru produksi, termasuk pengarah dan barisan pelakon, sentiasa memberikan kerjasama yang baik sepanjang penggambaran.

    Saya dah pernah berlakon di stesen TV AlHijrah sebelum ini, jadinya kita faham garis panduan pihak mereka.

    Bila berlakon cerita yang patuh syariah ni, dia bukan sahaja penceritaan tetapi perlu ikut semua aspek syariah yang di luar kotak.

    Saya berlakon bukan untuk bersaing tetapi mahukan ‘compliment’. Kalau pelakon lain ‘road to oscar’ tapi saya nak ‘road to jannah’.

    Drama sebegini sangat-sangat bagus dan mudah untuk kita fahami secara visualiti lebih-lebih lagi tentang Qarin.

    Seorang penakut

    Manakala, Nadiya Nisaa pula menzahirkan rasa syukur diberi peluang menjayakan naskhah yang sarat mesej nilai dan penginsafan.

    Saya jarang dapat skrip seperti ini, seram tapi mendidik jiwa. Saya letakkan sepenuh kepercayaan kepada AlHijrah sebab dari awal dah fikir mungkin tidak akan jalan cerita yang terlalu meleret atau berlebihan.

    Saya seorang yang penakut dan tak suka dengan genre seram. Tetapi bila ditawarkan untuk jadi salah seorang pelakon Bisikan Qarin, saya bertanyakan beberapa kali tentang jalan ceritanya.

    Semoga penonton bukan sahaja terhibur, tetapi juga mendapat peringatan. Saya serahkan bulat-bulat kepada Allah dan berdoa agar lakonan dalam dunia seni diterima penonton.

    Gabung hiburan & ilmu

    Sementara itu, menurut Pengurus Kanan Jabatan Kandungan TV AlHijrah, Zulkarnaen Mokhtar, penerbitan Bisikan Qarin adalah antara usaha strategik stesen untuk menarik khalayak lebih luas terutama generasi muda tanpa mengabaikan prinsip kandungan berlandaskan Islam.

    Kita mahu buktikan kandungan Islamik juga boleh disampaikan dengan cara kreatif dan kontemporari. 

    Bisikan Qarin mengetengahkan mesej akidah, tetapi dalam bentuk hiburan yang dekat dengan kehidupan masyarakat.

    TV AlHijrah kini giat memperkukuh kolaborasi dengan pengarah dan pelakon berpengalaman bagi mempertingkat mutu produksi tempatan berteras Islam.

    Tambahnya lagi, Bisikan Qarin menjadi sebahagian daripada strategi TV AlHijrah untuk memperbaharui pendekatan dakwah agar lebih relevan, segar dan dekat dengan realiti masyarakat hari ini.

    Kami mahu terus menjadi platform yang menggabungkan hiburan dan ilmu. Kita juga akan tayangkan di Al-Hijrah Plus (OTT) dahulu, diberikan ‘window’ siaran tiga hari sebelum membuat kemunculan di TV Al-Hijrah.

    Inilah dakwah dalam bentuk baharu yang boleh ditonton, difahami dan dirasai bersama.

    Banyak babak dipotong

    Di samping itu, Pegawai Pematuhan Syariah TV AlHijrah, Syed Ali, menjelaskan skrip Bisikan Qarin telah melalui proses penilaian ketat bagi memastikan setiap paparan seram tidak menyeleweng daripada ajaran Islam.

    Genre seram memang memberi cabaran kepada kami yang merupakan stesen penyiaran Islamik.

    Walaupun kami mahu capai 100 peratus patuh syariah, kita juga memberi kelonggaran untuk produser berkreativiti dalam lingkungan patuh syariah.

    Banyak babak terpaksa dipotong sebab kami perlu ikut garis panduan Jabatan Kemahuan Islam Malaysia (Jakim).

    Unsur seram dalam telefilem ini hanyalah elemen naratif untuk menggambarkan bisikan syaitan terhadap manusia.

    Garis panduan ini bertujuan untuk menjaga batas agar tidak menimbulkan isu atau melanggar akidah. Dibolehkan guna mekap atau kesan khas tetapi tak boleh berlebihan. Hanya dibenarkan untuk mewujudkan suasana seram menerusi objek lembaga atau kesan bunyi.

    Dalam pada itu, bagi pengarahnya, Ayie Mustafa, dia menumpukan kepada penceritaan beremosi dan visual sinematografi yang realistik, bagi menggambarkan perjuangan manusia melawan hawa nafsu dan bisikan jahat.

    Saya tidak mahu penonton hanya takut, tetapi mahu mereka berfikir. Qarin’ dalam kisah ini bukan sekadar makhluk ghaib, tetapi simbol kepada bisikan dalaman yang selalu menjerumuskan kita ke jalan salah.

    Biarpun kepuasan untuk mengarahkan babak seram sedikit terbatas disebabkan perlu mematuhi garis panduan TV AlHijrah, namun Ayie tetap optimis dan berharap mesej yang disampaikan mudah diterima penonton.

    Kalau ikut kepuasan, saya memang nak buat lebih lagi untuk nampakkan setiap watak itu ‘hidup’. 

    Tapi kita ada batas-batas yang perlu dipatuhi, kita perlu ikut dan akur dengan perkara itu.

    Mungkin selepas ini jika ada peluang lagi mengarahkan cerita berunsur seram, akan diberi sedikit kelonggaran, saya akan cuba lagi.

    Stesen televisyen AlHijrah meneruskan komitmen menghasilkan kandungan berteraskan nilai Islam moden apabila menampilkan telefilem terbaharu berjudul Bisikan Qarin yang bakal menemui penonton pada 9 November ini, jam 9 malam.

    MENARIK:  Kad Perkahwinan Jofliam & Dewi Tular, Bakal Tamatkan Zaman Duda 5 April? – ‘Sumber Boleh Dipercayai’

    Menariknya, karya itu menggabungkan unsur seram psikologi dan pengajaran rohani, menjadikannya naskhah berbeza daripada kebiasaan genre keagamaan yang pernah dihasilkan stesen itu.

    Telefilem lakonan hebat Ashraf Muslim dan Nadiya Nisaa itu mengetengahkan tema tentang bisikan syaitan (qarin) yang menguji kekuatan iman manusia dengan pendekatan yang realistik namun tetap berpaksikan syariah.

    Selain Ashraf dan Nadiya, telefilem itu turut dibintangi oleh Intan Ladyana, Fezrul Khan dan Rashidah Jaafar.

    The post ‘Pelakon Lain Road To Oscar Tapi Saya Nak Road To Jannah’ – Ashraf Muslim first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah