
Tular di laman sosial kad majlis pernikahan usahawan dan pempengaruh, Jofliam dengan wanita bernama Emira Delyati Dewi.
Kahwin April ini?

Menerusi kad itu, tertera tarikh majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada 5 April depan.
Kad undangan berwarna putih yang dihiasi sedikit corak bunga-bungaan itu jelas tertulis ‘Majlis Ijab & Qabul, Jofliam & Dewi’.
Difahamkan, sumber mendakwa apa yang tertulis dalam kad itu adalah benar dan boleh dipercayai.
Menurut sumber lagi, tarikh majlis pernikahan pasangan itu sama dengan tarikh ulang tahun kelahiran Dewi.
Imbas kembali, Dewi didakwa merupakan wanita yang menjadi punca keretakan rumah tangga Jofliam dengan bekas isteri, Cik Epal.
Jofliam kemudian mengaku menjalinkan hubungan cinta dengan Dewi yang juga pekerjanya dan memaklumkan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki. Namun mereka bercerai pada tahun lalu selepas 10 tahun hidup bersama.





