28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Okestra MRSM Felda Trolak Iringi Persembahan Jamal Abdillah & Dayang Nurfaizah

    Shopee Sale

    Konsert Desaku Mendunia telah berlangsung dengan meriah dan sarat dengan nilai seni budaya tempatan di Auditorium Seri Angkasa, Kuala Lumpur selama dua malam iaitu pada 27 dan 28 Mei lalu.

    Artikel Berkaitan: Siti Nordiana, Mawi & Firman Bakal Meriahkan Hari Peneroka FELDA 2024!

    Artikel Berkaitan: Konsert Kasih Kekasih Inteam Dipindahkan Ke Lokasi Lebih Besar, Tarikh Ditunda Ke 28 September

    MAREMAF Wind Orchestra

    Konsert anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta Kementerian Komunikasi itu telah menarik lebih 2,000 penonton yang hadir.

    Persembahan oleh MAREMAF Wind Orchestra (MAWO) yang dianggotai seramai 59 orang pelajar MRSM Ulul Albab FELDA Trolak menjadi kemuncak acara apabila mereka mempersembahkan alunan muzik bertaraf antarabangsa dan diiringi oleh artis terkenal seperti Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah, Yabang, Datuk Suhaimi Sulaiman dan ramai lagi.

    Kumpulan MAWO yang telah menjalani latihan intensif di bawah bimbingan tenaga pengajar berpengalaman bakal mengharumkan nama Malaysia apabila dijadualkan menyertai pertandingan orkestra di Prague, Republik Czech.

    MENARIK:  [VIDEO] Hawa Rizwana Kecewa Video Bersukan Dirakam Tanpa Pengetahuan – ‘Disunting Hingga Jatuhkan Maruah Sebagai Seorang Wanita’

    Pertandingan tersebut akan menghimpunkan penyertaan dari 11 buah negara, menjadikan penglibatan MAWO sebagai satu pencapaian besar.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan penglibatan MAWO sebagai satu pencapaian besar bukan sahaja untuk MRSM Ulul Albab, malah turut mengharumkan nama FELDA, MARA, dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di pentas dunia.

    Mereka bukan sahaja mewakili MRSM atau FELDA, tetapi membawa nama negara. Saya doakan kejayaan mereka di Prague nanti.

    Ini merupakan satu manifestasi jelas bahawa pendidikan holistik dan pembangunan insaniah yang diterapkan di MRSM FELDA mampu melahirkan anak bangsa bertaraf dunia baik dalam bidang akademik, keusahawanan dan kini juga seni muzik.

    Zahid berkata demikian sejurus usai menyaksikan rakaman Konsert Desaku Mendunia.

    Foto

    The post Okestra MRSM Felda Trolak Iringi Persembahan Jamal Abdillah & Dayang Nurfaizah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah