Pempengaruh media sosial, Iskandar Rahman menegaskan orang ramai tidak seharusnya membandingkan podcast Sembang Seram dengan Sembang Ohh Yeahh miliknya yang membawa konsep berbeza.
Artikel Berkaitan: Iskandar Rahman Nafi Buat-Buat Kena Rasuk – ‘Semua Yang Berlaku Dalam Podcast Adalah Raw’
Ada konsep tersendiri

Menerusi satu hantaran di Threads, Iskandar menjelaskan kedua-dua podcast berkenaan mempunyai konsep dan kekuatan tersendiri.
Jangan pernah membanding-bandingkan podcast Sembang Seram dengan Sembang Ohh Yeahh.
Kami tak sama.
Masing-masing ada kekuatan tersendiri.
Menurut Iskandar, podcast Sembang Seram sememangnya antara audio siar berkonsepkan seram terbaik di Malaysia ketika ini.
Manakala Sembang Ohh Yeahh pula bukanlah sebuah audio siar berkonsepkan seram, sebaliknya mengetengahkan pelbagai topik untuk dikongsikan dan dibincangkan bersama.
Kalau podcast seram, memang Sembang Seram antara yang terbaik dalam Malaysia setakat ini.
Podcast Sembang Ohh Yeahh bukan podcast konsep seram.
Saya punya podcast, segala topik yang boleh disembangkan.
Sebab itu namanya Sembang Ohh Yeahh.
Sumber: Threads
The post ‘Jangan Bandingkan Podcast Sembang Seram Dengan Sembang Ohh Yeahh’ – Iskandar Rahman first appeared on OHBULAN!.





