
Isteri kepada pelumba basikan negara, Datuk Azizulhasni Awang iaitu Datin Athiah Ilyana Abd Samat mencuri perhatian apabila memuat video dirinya bersama atlet yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ itu.
‘Akhirnya dia milik saya’
Menerusi perkongsian di TikTok, Athiah meluahkan rasa syukur dan lega kerana akhirnya dapat bertemu dengan suaminya itu setelah lama jauh terpisah.
Menurut Athiah, sudah sekian lama dirinya menantikan kepulangan Azizulhasni yang sibuk dengan persiapan temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang lalu.
Setelah menunggu sekian lama, akhirnya dia menjadi milik saya.
Menerusi hantaran yang sama, Athiah berharap agar segala pengorbanan yang dilakukan suaminya itu dapat memberikan inspirasi buat anak muda untuk tidak sesekali berputus asa dalam mengejar impian.
Saya berdoa agar pengorbanan yang kami lakukan ini dapat memberi inspirasi buat generasi muda. Setiap nikmat itu datangnya dari Allah, dan segala kekurangan adalah milik kita.
Semoga generasi muda di luar sana melihat betapa luasnya dunia ini dipenuhi dengan rahmat Allah yang berpanjangan.
Namun begitu, janganlah berputus asa dalam mengejar impian dan sentiasa percaya kepada kebijaksanaan Allah SWT.
Terdahulu, Athiah mencuri perhatian apabila berkongsi hantaran menyatakan sudah empat bulan dirinya dan anak-anak tidak dapat meluangkan masa bersama jaguh pecut negara itu menerusi Instagram Story (IG Story).
Posting IG Story






