25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, July 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: Betul Ke Bagi Emas, Barangan Mewah Boleh Pujuk Hati Isteri? Ini Pandangan Nabila Razali

    Shopee Sale

    Dalam kehidupan berumah tangga, perselisihan faham dan salah faham kecil sememangnya sukar dielakkan. Namun, cara pasangan memujuk dan menyelesaikan konflik memainkan peranan penting agar masalah yang berlaku tidak berpanjangan.

    Ada suami yang memilih untuk meminta maaf dengan memberikan bunga, membawa isteri menikmati makan malam romantik atau menghadiahkan barangan mewah seperti emas dan beg tangan.

    Persoalannya, adakah pemberian berbentuk material benar-benar mampu memujuk hati seorang isteri, atau sekadar membuatkan mereka melupakan masalah buat sementara waktu?

    Artikel Berkaitan: Insiden Dipanggil ‘Penyanyi Chipmunk’, Nabila Razali Pesan Jaga Percakapan – ‘Individu Itu Sudah Minta Maaf’

    Artikel Berkaitan: ‘Sekarang Ada Anak Fikir Keselesaan Bila Dukung Dia, Pastinya Baju Raya Cantik & Praktikal’ – Nabila Razali

    Hadiah emas boleh sejukkan hati isteri?

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain di fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk kita melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza.

    Menerusi edisi POV XTRA hari ini, penyanyi dan pelakon Nabila Razali berkongsi pandangannya mengenai perkara tersebut berdasarkan pengalaman serta perspektifnya sebagai seorang isteri.

    Menurut Nabila, hadiah atau barangan mewah mungkin mampu menggembirakan seseorang dalam tempoh singkat. Namun, pemberian tersebut tidak semestinya dapat menyelesaikan punca sebenar sesuatu konflik.

    Untuk jangka masa pendek, okeylah. Kita akan gembira, tetapi untuk jangka masa panjang, benda itu mungkin akan diungkit kembali nanti.

    Perkara ungkit-mengungkit itulah yang kita cuba elakkan dalam perkahwinan.

    Nabila mengakui dia tetap menghargai usaha suami yang cuba memujuknya, termasuk dengan mengajaknya keluar menikmati makan malam di tempat istimewa.

    Macam saya, seronok saja apabila suami pujuk, ‘Okey sayang, sorry, I take you to dinner.’ Pergilah makan di tingkat 180 ke, sambil tengok pemandangan langit. Memang seronok, tetapi hanya untuk malam itu saja.

    Esoknya, kalau ada benda yang mencuit sedikit, mungkin akan marah semula. Kita perempuan memang ada sifat mengungkit.

    Dalam masa sama, pelantun lagu Pematah Hati itu tidak menafikan emas atau hadiah masih boleh menjadi salah satu cara untuk menceriakan hati pasangan.

    MENARIK:  Eranzz Lambert Gagal Sertai Program One In A Million, Nafi Guna ‘Cable’ Semasa Sesi Uji Bakat – ‘Semua Saya Usaha Sendiri’

    Bagaimanapun, ia tidak seharusnya dijadikan jalan pintas untuk mengelakkan perbincangan atau menutup kesalahan yang belum diselesaikan.

    Pada saya, sebahagiannya emas itu boleh membantu, tetapi kadang-kadang tidak boleh juga. Cuma, memang seronok kalau dapat hadiah sekali-sekala.

    Pilih Untuk ‘Forgive And Forget’

    Ketika ditanya mengenai tempoh yang diperlukan suaminya untuk memujuk, Nabila memberitahu dia bukanlah seorang yang gemar menyimpan kesalahan kecil terlalu lama.

    Malah, dia menganggap dirinya seorang yang mudah terlupa dan lebih selesa untuk memaafkan sekiranya perkara tersebut tidak terlalu mengguris perasaan.

    Satu perkara tentang saya, saya ini seorang yang pelupa. Kalau hari ini buat salah, maksud saya perkara kecil yang tidak mengguris hati terlalu dalam atau tidak memberikan impak besar, saya akan ‘forgive and forget’.

    Bagi saya, kalau perkara kecil dibawa terlalu lama, ia akan menjadi susah. Jadi, saya selalu biarkan saja.

    Namun, pendekatan tersebut berbeza sekiranya melibatkan isu besar yang boleh menjejaskan hubungan mereka.

    Menurut Nabila, komunikasi secara terbuka tetap menjadi perkara utama dalam menyelesaikan masalah rumah tangga.

    Kalau benda besar, kita akan bercakap dan berbincang mengenainya.

    Pandangan Nabila itu secara tidak langsung menunjukkan hadiah mungkin boleh menjadi pelengkap dalam proses memujuk, tetapi tidak mampu menggantikan komunikasi, permohonan maaf yang ikhlas dan kesediaan untuk memahami perasaan pasangan.

    Jadi, emas dan barangan mewah mungkin boleh membuatkan isteri tersenyum, tetapi untuk benar-benar memulihkan hati yang terluka, pasangan masih perlu duduk berbincang dan menyelesaikan punca sebenar masalah.

    The post POV XTRA: Betul Ke Bagi Emas, Barangan Mewah Boleh Pujuk Hati Isteri? Ini Pandangan Nabila Razali first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah