30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, July 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Individu Persoal Johan As’Ari Sebagai Hero, Fasha Sandha Tampil ‘Back Up’ – ‘Dia Berbakat & Dah Beri Yang Terbaik’

    Shopee Sale

    Pelakon Fasha Sandha tampil mempertahankan Johan As’ari, selepas aktor itu menerima kritikan daripada segelintir penonton yang mempersoalkan pemilihannya sebagai hero dalam drama Kasih Yang Terkorban.

    Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Terkilan Gagal Beri Perhatian Penuh, Prestasi Akademik Anak Terjejas

    Artikel Berkaitan: ‘Mental Saya Sudah Kuat Untuk Terima Segala Kecaman & Teguran Netizen’ – Fasha Sandha

    ‘Bagi peluang pada hero saya, dia berbakat’

    Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, 42, meminta orang ramai memberi peluang kepada Johan untuk membuktikan kemampuan lakonannya selain menilai usaha yang telah diberikan sepanjang menjayakan watak Johari.

    Salam dik, my fan Thank you for watching. Kakak really appreciate. Cuma, minta jasa baik, bagi peluang pada hero kakak. Dia berbakat dan telah memberikan yang terbaik.

    Dia adalah pilihan penerbit, pengarah dan station TV. Kerana rezeki Allah juga, dia dapat memegang watak Johari dengan so much effort.

    Fasha turut berkongsi bahawa sebelum ini pelakon yang membawakan watak Ustaz Irfan iaitu Firdaus Karim juga pernah menerima teguran, namun akhirnya diterima penonton selepas mereka melihat bakat dan keperibadiannya.

    Dulu Ustaz Irfan pun kena tegur, akhirnya Ustaz Irfan disayangi kerana bakat dan rupa charming-nya. Sekarang hero Johan pula.

    Menurut Fasha, sebagai heroin dalam drama berkenaan, dia akan sentiasa menyokong pasangan gandingannya kerana melihat sendiri kesungguhan dan komitmen Johan sepanjang proses penggambaran.

    Sebagai heroin, saya pasti akan pertahankan hero saya kerana saya adalah saksi mereka telah lakukan yang terbaik.

    Dia datang awal, baca skrip, sentiasa bersedia dan memberikan effort dalam menjayakan skrip.

    Fasha berharap penonton dapat memberi peluang kepada Johan dan menilai keseluruhan jalan cerita serta lakonan mereka terlebih dahulu.

    MENARIK:  [VIDEO] Fizi Ali Tidak Ambil Peduli Diberi Gelaran 'Meroyan' Kerana Anaknya! Ajak Netizen Hadiri Mahkamah pada 22 Februari Seterusnya

    Sumber: Threads Fasha Sandha

    The post Individu Persoal Johan As’Ari Sebagai Hero, Fasha Sandha Tampil ‘Back Up’ – ‘Dia Berbakat & Dah Beri Yang Terbaik’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah