29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ainee Mustafa Dedah Industri Kekurangan Pelakon Aksi Wanita

    Shopee Sale

    Pelakon baharu, Ainee Mustafa mendedahkan minatnya terhadap dunia lakonan aksi tercetus selepas menonton filem ‘Wira’ yang dibintangi aktres, Fify Azmi.

    Artikel Berkaitan: Filem Tiket Sehala Angkat Isu Job Scam & Pemerdagangan Manusia Ke Layar Perak Ogos Ini

    Tidak alami kecederaan serius

    Ketika ditemui , Ainee atau nama sebenarnya Nur Aini Hayati Mustafa, 29, mengakui sebelum ini dia tidak mengetahui kewujudan pelakon aksi wanita di Malaysia kerana lebih banyak menonton filem-filem aksi dari luar negara.

    Saya tak pernah tahu pun kewujudan pelakon aksi wanita sampailah menonton filem Wira, lakonan Fify Azmi.

    Rupanya ada babak wanita yang perlu berlawan-lawan.

    Sebelum ini saya banyak menonton filem Jackie Chan tapi dia lelaki.

    Kalau Michelle Yeoh pula semuanya filem luar negara.

    Saya pernah terfikir ada ke pelakon aksi wanita di Malaysia.

    Jadi filem Wira membuka minda saya tentang peluang ini.

    Ainee berkata demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat dan pelancaran trailer filem ‘Tiket Sehala’ di Tomaz Pickleball Club, Subang Jaya.

    Dalam masa sama, Ainee berkata jumlah pelakon aksi wanita di Malaysia masih lagi terhad, malah tidak ramai yang aktif dalam bidang tersebut ketika ini.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa Adalah Kebahagiaan Sebenar Saya’ – Intan Najuwa

    Tambahnya lagi, terdapat sesetengah produksi yang terpaksa menggunakan pelakon lelaki untuk menjayakan babak aksi wanita berikutan kekurangan pelakon aksi wanita yang sesuai.

    Bila dah masuk dalam industri, memang tak ramai dalam kalangan wanita.

    Setakat ini yang saya tahu, ada dalam lima orang.

    Kadang-kadang bila babak yang memerlukan aksi lincah, pihak produksi menggunakan pelakon lelaki dan mereka pakai rambut palsu.

    Tapi memang nampak beza daripada bentuk badan sebab tak nampak seperti wanita.

    Sehubungan itu, Ainee turut mengakui bidang lakonan aksi sememangnya berisiko dan terdedah kepada kecederaan, namun sepanjang penglibatannya, dia belum pernah mengalami sebarang kecederaan serius.

    Saya tak nafikan risiko untuk mengalami kecederaan agak tinggi.

    Alhamdulillah, setakat ini melakonkan babak berlawan dan paling teruk pun jatuh tangga je.

    Kecederaan teruk memang tak ada.

    Setakat lebam dan bengkak pada bahagian badan itu biasalah.

    The post Ainee Mustafa Dedah Industri Kekurangan Pelakon Aksi Wanita first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah