Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha tampil menjawab dakwaan bahawa dirinya sunyi sehingga didesak untuk mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: ‘Allah Mungkin Nak Saya Layak Dapat Yang Baik’ – Daiyan Trisha
Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Tak Malu Miliki Tangan Macam Orang Tua – ‘Ia Mengingatkan Kepada Ibu Saya’
Kahwin

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Daiyan, 32, menegaskan status bujang yang dipegangnya pada ketika ini bukanlah satu kekurangan sebaliknya satu kemewahan yang dihargainya.
Tolonglah, saya ada kemewahan untuk melakukan apa sahaja yang saya mahu pada bila-bila masa. Menyanyi dengan mikrofon di atas katil pada waktu hampir tengah malam tanpa ada sesiapa yang menyuruh saya diam.
Kata Daiyan, kebahagiaan tidak hanya terletak pada status perkahwinan tetapi pada cara seseorang menjalani dan menghargai hidup.
Bukan segalanya tentang perkahwinan. Terima kasih lol.
Terdahulu, Daiyan berkongsi video memaparkan dirinya sedang menikmati masa terluang dengan menyanyi pada lewat malam.
Bagaimanapun, perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi apabila ada netizen menyuarakan pandangan agar pelakon itu mendirikan rumah tangga kerana mendakwa dia kelihatan kesunyian.
Sumber: Instagram
The post Netizen Suruh Kahwin Sebab Nampak Sunyi, Daiyan Trisha Tampil Beri Jawapan first appeared on OHBULAN!.





