Usahawan dan personaliti media sosial, Ojen Aiwah tampil menjelaskan berkenaan komen yang ditulisnya selepas ia tular dan mengundang kecaman warganet di media sosial sejak semalam.
Artikel Berkaitan: Ojen Aiwah Dakwa Difitnah, Sudah Rujuk Peguam Untuk Saman Tareq Fit – ‘Bukan Sebab Isu Peribadi, Dia Sentuh Hal Perniagaan’
Artikel Berkaitan: ‘Nak Saman Silakan, Hakikat Kena Sebarkan’ – Tareq Fit Tak Takut Berdepan Tindakan Dari Ojen Aiwah
Mohon maaf

Menerusi hantaran di Threads, Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli, memaklumkan bahawa komen itu sudah disalah erti berikutan ia hanya ditujukan kepada seseorang.
Saya cakap dekat individu itu bukan secara umum untuk semua orang.
Mustahil, sebab saya sendiri warganegara, saya ditekan di segala sudut oleh saudara tersebut.
Sedar akan kekhilafannya, Ojen kemudian memohon maaf berikutan terlalu emosi sehingga mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Saya hanyalah warganegara Malaysia yang menjual kunafa/dessert .
Nama pun manisan. Sampailah akhirnya saya meletus kerana saudara tersebut begitu deep nak menegur, sentuk peniagaan saya. Siapa tak marah?
Kalau ayat ini buat awak sentap saya mohon maaf.
Sebab itu saya cakap ” PLUS jangan main gila dengan orang ada duit ” sebab saya seorang warganegara jadi ayat tu telah disalahtafsirkan.
Sementara itu, Ojen mengakui komen tersebut telah mengundang fitnah, lalu dia mengambil keputusan untuk memadamnya, namun, sudah terlambat dan ia telah pun disebarkan.
Bila saya baca balik, ya, boleh mendatangkan fitnah maka saya padam komen itu, tapi sudah disebarkan oleh semua.
Terdahulu, Ojen memaklumkan sudah mengambil tindakan saman terhadap jurulatih kecergasan iaitu Tareq Fit kerana didakwa telah menfitnah produk makanannya sehingga boleh menjejaskan reputasi perniagaan.
Sumber: Threads Ojen Aiwah
The post Ojen Aiwah Mohon Maaf, Komen ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Berduit’ Disalahtafsir – ‘Saya Cakap Dekat Individu Itu’ first appeared on OHBULAN!.





