32.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Klangit Kembali Dengan ‘Kau Bersama Dia’, Kisah Cinta Yang Tak Kesampaian

    Shopee Sale

    Kumpulan pop rock tempatan, Klangit kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Kau Bersama Dia’.

    Lagu ‘Kau Bersama Dia’

    Lagu ini sebuah karya yang berkisar tentang luka cinta, keikhlasan dan kekuatan untuk merelakan insan tersayang pergi bersama orang lain.

    Tampil dengan melodi bernuansa melankolik dan lirik yang dekat dengan realiti kehidupan, lagu ini membawa mesej bahawa cinta sejati tidak semestinya memiliki, sebaliknya kadangkala hadir melalui pengorbanan dan penerimaan walaupun sukar untuk dilalui.

    Menurut Klangit, lagu tersebut bermula daripada melodi asas yang penuh emosi sebelum dikembangkan menjadi susunan muzik dan lirik yang lebih mendalam namun mudah dihayati pendengar. Elemen muzik yang disusun secara berlapis turut membantu menguatkan penceritaan dalam karya berkenaan.

    Lebih menarik, ‘Kau Bersama Dia’ turut menampilkan kolaborasi bersama Dina Rijeu.

    MENARIK:  [VIDEO] Neelofa Pernah Cuba Ponteng Terawih Beberapa Kali, Lebih Suka Ibadah Tengah Malam – ‘Haris Akan Ceramah Saya’

    Karya tersebut juga diinspirasikan daripada pengalaman sebenar ahli kumpulan Klangit sendiri serta kisah individu di sekeliling mereka, menjadikan lagu ini lebih jujur dan dekat di hati pendengar yang pernah melalui episod cinta tidak kesampaian.

    ‘Kau Bersama Dia’ kini boleh distrim di semua platform digital, manakala muzik video rasminya sudah dilancarkan menerusi saluran YouTube Nova Music Videos.

    Barisan anggota Klangit yang terlibat dalam lagu ini terdiri daripada Ary Klangit selaku vokal utama, Ayieb Klangit di posisi drum, Shem Klangit (bass), Haris Klangit dan Largh Klangit (gitar), manakala Dina Rijeu tampil sebagai vokal wanita jemputan. Proses mixing dan mastering pula dikendalikan oleh Koh Kok Boon.

    The post Klangit Kembali Dengan ‘Kau Bersama Dia’, Kisah Cinta Yang Tak Kesampaian first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah