Usahawan dan personaliti media sosial, Ojen Aiwah menjawab dakwaan menggunakan ibunya yang menghidapi penyakit kanser sebagai ‘content’ untuk meraih simpati orang ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ojen Aiwah Berimej Baru, Ibu Menangis Bantu Potong Rambut – ‘Allah Akan Jaga Sebab Awak Anak Soleh
Artikel Berkaitan: ‘Mama, Terima kasih Kerana Berjuang Hingga Tahap Ini, Ajar Along Bersedekah Asbab Panjang Umur’ – Ojen Aiwah
Ibu sebagai ‘content’

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Ojen atau nama sebenarnya Zain Rosli memuat naik video memaparkan ibunya sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.
Ojen turut berharap orang ramai tidak terus mengheret ibunya dengan mencetuskan pelbagai spekulasi yang boleh memburukkan lagi keadaannya.
Tolong ganggu Mama (ibu). Jangan berani cakap bukan-bukan pasal Mama.
Kami tiada buat salah pun dengan kalian. Maafkan saya kalau saya belum jadi cukup sempurna di mata kalian.
Saya betul-betul minta maaf.
Sebelum ini, seorang individu mendakwa Ojen sanggup menipu orang ramai dengan mengatakan ibunya menghidap kanser semata-mata untuk meraih simpati masyarakat.
Dakwa individu itu, tangan ibunya tidak mempunyai kesan lebam seperti kebiasaan yang dialami pesakit kanser selepas menerima banyak suntikan.
Pada 14 Januari lalu, Ojen memaklumkan bahawa ibunya telah dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan usus.
Sumber: Instagram
The post Ojen Aiwah Jawab Dakwaan Guna Kanser Ibu Raih Simpati Orang Ramai first appeared on OHBULAN!.





