30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    OBPVO: Karya Erma Fatima Mendunia! ‘Keluarga Itu’ Rangkul Trofi Drama Paling Viral

    Shopee Sale

    Drama rantaian mencetuskan fenomena, Keluarga Itu, terus membuktikan dominasinya dalam industri hiburan tanah air apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Drama Paling Viral  di malam penganugerahan Paling Viral Online (OBPVO).

    Drama Paling Viral

    Karya hebat sentuhan figura tersohor, Erma Fatima, yang disiarkan di TV3 dan platform penstriman Tonton ini berjaya mengetepikan empat pencalonan sengit yang lain.

    Drama terbitan Rumah Karya Citra ini merupakan hasil kerjasama strategik tiga pengarah berkaliber iaitu Nur Ain Sharif, Ejump Mohd dan Amor Rizan. 

    Gabungan visi kreatif mereka berjaya menterjemahkan naskah ini menjadi sebuah karya yang bukan sahaja tular di media sosial, malah meninggalkan impak mendalam kepada penonton.

    MENARIK:  Syifa Melvin Bengang Individu Hina Muka Anak Macam B*** – ‘Tolong Cari Budak Ni, Anak H*ram Siapa…’

    Sebagai tanda pengiktirafan terhadap impak digital dan populariti drama tersebut, Erma Fatima telah membawa pulang sebuah trofi eksklusif yang direka khas oleh pihak penganjur.

    Majlis yang berlangsung penuh meriah itu dihoskan oleh penyampai radio popular, Fizi Ali. Acara ini turut disiarkan secara langsung menerusi saluran TikTok dan YouTube rasmi , membolehkan ribuan penonton menyaksikan detik bersejarah ini secara atas talian.

    Penganjuran Paling Viral Online kali ini turut mendapat sokongan padu daripada jenama minuman terkenal, F&N Seasons, yang bertindak sebagai penaja rasmi bagi menjayakan acara tersebut.

    The post OBPVO: Karya Erma Fatima Mendunia! ‘Keluarga Itu’ Rangkul Trofi Drama Paling Viral first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah