28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #OBCallingFoodies: Diana Danielle Pilih Makanan Bersup Sebagai ‘Comfort Food’, Gembira Dapat Raikan Kejayaan Dragon Hot Pot

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi Diana Danielle mendedahkan bahawa dirinya sememangnya penggemar makanan berasaskan sup.

    ‘Saya memang suka makanan berkuah’

    Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 34, berkata hidangan seperti itu memberi rasa selesa dan ‘warm’ setiap kali dinikmati, apatah lagi selepas seharian bekerja.

    Saya memang suka makanan berkuah, terutamanya bila penat rasa macam terapi. Jadi bila dijemput untuk acara ini, memang kena dengan citarasa saya.

    Dalam pada itu, Diana turut meluahkan rasa terharu kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada acara penting itu, selain mengakui tertarik dengan konsep hidangan ‘hot pot’ yang semakin mendapat tempat di Malaysia.

    Diana berkata demikian ketika ditemui di acara pembukaan rasmi Dragon Hot Pot di Low Yat Park, Bukit Bintang baru-baru ini.

    Majlis pembukaan turut diserikan dengan persembahan tarian naga dan singa tradisional, diikuti persembahan Diana Danielle menyanyikan lagu Menghitung Hari nyanyian asal Krisdayanti, sebelum diteruskan dengan persembahan bertenaga daripada Steady Gang.

    Kempen Tahun Melawat Malaysia

    Fenomena Dragon Hot Pot, jenama popular dari Melbourne, kini melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan pembukaan rasmi cawangan pertama di Low Yat Park lokasi strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur. 

    Restoran berkeluasan 2,600 kaki persegi itu memperkenalkan pengalaman ‘malatang’, iaitu hidangan berasaskan sup pedas dan aromatik yang terkenal di Australia, menawarkan kelainan kepada penggemar makanan tempatan.

    Sementara itu, Samuel Lee Thai Hung, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia, menyifatkan kehadiran jenama ini sebagai tambahan berharga kepada industri pelancongan dan gastronomi negara.

    Pembukaan cawangan pertama Dragon Hot Pot ini tepat pada waktunya dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) sedang giat dijalankan. 

    Belanjawan 2026 yang dibentangkan baru-baru ini memperuntukkan RM700 juta untuk sektor pelancongan, termasuk dana khas RM500 juta bagi VM2026, menunjukkan betapa pentingnya tarikan makanan dalam memacu ekonomi negara.

    Dalam pada itu, Dragon Hot Pot Malaysia turut mencipta sejarah apabila diiktiraf oleh ASEAN Records sebagai jenama Hotpot Mala dari Australia dengan Pilihan Bahan dan Asas Sup Terbanyak di ASEAN.

    Dengan 162 pilihan bahan di rak layan diri dan 10 jenis asas sup, pelanggan bebas bereksperimen mencipta kombinasi rasa mengikut citarasa masing-masing.

    Menurut Louis Kuo, Pengasas Dragon Hot Pot Malaysia, matlamat utama mereka adalah menjadikan hidangan hot pot lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

    MENARIK:  [VIDEO] PU Riz Bersama Izzah Anwar Edar Juadah Berbuka, Semarakkan Aktiviti Hafalan Surah Dengan Warga PPR

    Semua menu di Malaysia disediakan secara mesra Muslim tanpa menjejaskan keaslian rasa. Malah, pihak pengurusan kini sedang dalam proses mendapatkan pensijilan halal JAKIM.

    Diuruskan oleh Taste of Malaysia Hot Pot Sdn. Bhd., kehadiran jenama ini menandakan Malaysia sebagai pasaran keempat selepas kejayaan mereka di Australia, Indonesia dan Vietnam, dengan Jepun dijangka menjadi destinasi seterusnya.

    Dalam dua tahun akan datang, Dragon Hot Pot menyasarkan pembukaan lima hingga enam cawangan baharu di seluruh negara, termasuk tawaran francais kepada usahawan tempatan.

    Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, Dragon Hot Pot turut memperkenalkan promosi pembukaan dan hadiah menarik sepanjang Oktober ini.

    The post #OBCallingFoodies: Diana Danielle Pilih Makanan Bersup Sebagai ‘Comfort Food’, Gembira Dapat Raikan Kejayaan Dragon Hot Pot first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah