32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] PU Riz Bersama Izzah Anwar Edar Juadah Berbuka, Semarakkan Aktiviti Hafalan Surah Dengan Warga PPR

    Shopee Sale

    Pendakwah selebriti terkenal, PU Riz menyantuni penduduk di kawasan Perumahan Rakyat (PPR) Ampang Hilir dengan menghulurkan sumbangan selain berkongsi ilmu agama, pada Sabtu lalu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Riz Puji Kelas KAFA Pendidikan Khas: ‘Mereka Mempunyai Semangat Dakwah Tinggi’

    Artikel Berkaitan: PU Riz Dilantik Sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama PKR

    Beri galakan & penghargaan

    View this post on Instagram

    A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

    Menerusi satu hantaran video di Instagram (IG), PU Riz dilihat mengagihkan juadah makanan kepada penduduk setempat.

    Dalam masa sama, suami kepada usahawan terkenal, Neelofa itu turut berdakwah secara santai dengan mengadakan aktiviti menyambung bacaan ayat suci daripada surah-surah lazim.

    Bagi memeriahkan lagi aktiviti keagamaan tersebut, PU Riz juga memberi wang ringgit sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang berjaya menghafal ayat-ayat berkenaan.

    Kita mahu masyarakat bukan sahaja melihat Al-Quran sebagai naskah di rak, tetapi sebagai sesuatu yang hidup dalam sanubari.

    Dengan memberi ganjaran tunai kepada mereka yang berjaya menyambung ayat, ia merupakan satu bentuk galakan dan penghargaan atas usaha mereka menjaga hafalan.

    Turut sama turun padang dan beramah mesra dengan masyarakat PPR ialah Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

    MENARIK:  Kim Yu-ji Umum Bakal Berkahwin Mei Ini, Tiga Tahun Selepas Berpisah Dengan Jeong Jun

    Dalam pada itu, PU Riz, yang juga Timbalan Pengerusi Biro Agama PKR, meluahkan rasa sayu dan bangga melihat anak-anak serta warga emas PPR melantunkan bacaan al-Quran dengan begitu baik.

    Sumber: Instagram

    The post [VIDEO] PU Riz Bersama Izzah Anwar Edar Juadah Berbuka, Semarakkan Aktiviti Hafalan Surah Dengan Warga PPR first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah