27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nora Danish Nafi Berkait Dengan Hantaran Boss Ned, Fokus Jaga Hubungan Baik

    Shopee Sale

    Pelakon Nora Danish enggan memberi penjelasan lanjut ekoran ciapan bekas suami, Nedim Nazri Aziz di Threads yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Boss Ned Hilang Sabar Dakwa Ada Pihak Ganggu Anak, Perli Wanita Bertudung Solat Lima Waktu Tapi Angkut Lelaki Balik Rumah? 

    Artikel Berkaitan: Nora Danish Ulas ‘Posting’ Zarina Anjouline Tulis ‘I Miss U Boss Ned’ Di IG – ‘Luahan Rindu Seorang Sahabat, Mereka Sudah Lama Kawan’

    ‘Saya tiada kena mengena’

    Ketika ditemui , Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 43, enggan memberi komen memandangkan hubungan bersama bekas suami telah berakhir.

    Jelasnya, ciapan yang mencetus pelbagai spekulasi itu sama sekali tiada kaitan dengan dirinya.

    Sebenarnya saya tak mahu komen apa-apa mengenai perkara ini ditambah pula saya sudah tidak lagi bersama dengannya.

    Saya hormati hak dan privasi dia dan saya memang tak nak komen apa-apa sebab tak ada kena mengena dengan saya.

    Nora berkata demikian selepas selesai tayangan perdana drama Saling Tak Terlihat yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur sebentar tadi.

    MENARIK:  ‘Saya Bawa Ayah Pergi UUM Tengok Persembahan Aina Abdul, Ayah Menangis & Puji Nyanyian Dia’

    Hubungan baik

    Dalam pada itu, Nora memaklumkan hubungannya bersama Nedim atau lebih dikenali dengan panggilan Boss Ned dalam keadaan baik.

    Ujarnya lanjut, dia memilih untuk menjaga hubungan baik demi pembesaran anak-anak.

    Saya tak baca sangat ciapan yang dibuat sebab sedang sibuk uruskan restoran.

    Saya tak ‘aware’ dan tak rasa ciapan itu ditujukan kepada saya sebab saya mempunyai hubungan yang baik dengan dia.

    Saya mengharapkan hubungan yang baik-baik dengan semua pihak.

    Seperti yang saya tekankan dari awal lagi, saya memang menitikberatkan hubungan baik untuk membesarkan anak saya dengan sihat.

    Sebelum ini, Nedim menyorot perhatian selepas hantarannya di Threads mengenai dakwaan individu yang cuba mengganggu anaknya.

    Dalam hantaran sama, dia turut menyindir individu yang disifatkan sebagai ‘penunggang agama’ sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

    The post Nora Danish Nafi Berkait Dengan Hantaran Boss Ned, Fokus Jaga Hubungan Baik first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah