29 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Soalan Tak Merapu, Bagi Kebebasan Untuk Pundit Komen’ – Nik Syafiq Hadhari Raih Pujian, Gaya Pengacaraan Piala Dunia Dipuji

    Shopee Sale

    Ulasan menarik yang disampaikan oleh pengulas sukan dan pengacara, Nik Syafiq Hadhari, mengenai Piala Dunia FIFA (World Cup) 2026 yang sedang berlangsung ketika ini, berjaya meraih perhatian netizen.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Penyampai Berita Sebak Baca Kematian Rakan Sendiri

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Tegur Pembaca Berita Salah Sebut Nama Penuh – ‘Sharnaaz Atau Nama Sebenarnya Ahmad Basir Ahmad’

    Berkaliber

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu memuat naik foto memaparkan Nik Syafiq memberi pengulasan ketika siaran langsung baru-baru ini.

    Individu tersebut memuji gaya penyampaian dan pengendalian segmen analisis perlawanan oleh Nik Syafiq yang disifatkan sangat profesional, matang dan berkualiti tinggi.

    Kata individu itu, Nik Syafiq pandai memberi ruang kepada tetamu untuk berbicara dan berkongsi pandangan mengenai perlawanan tersebut.

    Figura ni nampak muda. Siapa nama abang ni?

    Cara dia tanya soalan dekat pundit memang equal & fair.

    Soalan tak merapu, pendapat dia pun tak syok sendiri dan dia beri kebebasan untuk pundit komen dari perspektif mereka sendiri.

    Agak mengejutkan, ini kali pertama tengok Apek banyak bercakap.

    Apa yang lebih menarik perhatian, Nik Syafiq turut memberi respon terhadap perkongsian itu.

    MENARIK:  Nazrief Nazri Bimbang Peningkatan Kes Influenza A, Dua Ahli Keluarga Meninggal Dunia – ‘Ambiklah Vaksin, Tak Mahal Pun’

    Nik Syafiq menzahirkan rasa syukur atas pujian yang diberikan.

    Terima kasih. Saya memang rasa saya muda lagi walaupun nak cecah 39 tahun dah.

    Sumber: Threads

    The post ‘Soalan Tak Merapu, Bagi Kebebasan Untuk Pundit Komen’ – Nik Syafiq Hadhari Raih Pujian, Gaya Pengacaraan Piala Dunia Dipuji first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah