29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Perlu Letak Nama Pelajar Yang Gagal Peperiksaan Dalam Group WhatsApp’ – Rita Rudaini

    Shopee Sale

    Pelakon, Rita Rudaini mempersoalkan tindakan segelintir guru yang mendedahkan senarai nama pelajar yang gagal dalam peperiksaan secara terbuka menerusi kumpulan WhatsApp.

    Artikel Berkaitan: ‘Remaja Hari Ini Bukan Tak Boleh Ditegur, Mereka Cuma Tak Terima Teguran Yang Datang Dengan Ego’ – Rita Rudaini 

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Seorang Selebriti Tidak Pernah Guna Nama Untuk Dapat Layanan Istimewa Di Sekolah’ – Rita Rudaini

    Mengundang tanggapan negatif

    Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meminta pandangan ibu bapa berhubung tindakan guru berkongsi nama pelajar yang gagal peperiksaan dalam kumpulan WhatsApp kelas dengan tujuan untuk mendorong mereka meningkatkan prestasi akademik.

    Kalau cikgu masukkan nama anak yang gagal peperiksaan dalam group WhatsApp kelas, awak malu tak?

    Niat cikgu baik, hanya nak anak itu improve je.

    Ke rasa memalukan ibu bapa?

    Hantaran tersebut menarik perhatian Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, yang berpandangan bahawa tindakan berkenaan boleh mengundang pelbagai tanggapan negatif selain menjejaskan maruah ibu bapa dan pelajar yang terlibat.

    Tak perlu letak nama pelajar yang gagal dalam group WhatsApp, kebaikannya ada dimana?

    Dalam WhatsApp group tu macam-macam jenis orang ada, cik gayah, mami jarum, nanti mula lah bergossip, ‘Kau tengok tak nama anak dia dalam list, rupanya dia tak pandai’.

    Lepas itu mak pula pergi cerita dekat anak, dan anak ke pergi sekolah bergosip dengan kawan-kawan.

    Guru yang buat macam ini tak fikir panjang ke?

    Tegas Rita, maklumat sedemikian sewajarnya disampaikan secara peribadi kepada ibu bapa pelajar berkenaan dan bukannya dikongsikan secara terbuka dalam kumpulan WhatsApp.

    Perkara macam ini boleh personal message parent pelajar itu.

    Ini bukan saja menjatuhkan maruah parent tapi guru itu menjatuhkan juga maruah pelajar.

    Tak reti ke nak jaga air muka orang? Tak ada sikit pun kebaikan, jaga mental health budak.  

    Dalam hantaran berikutnya, Rita turut berpendapat bahawa seseorang itu kadangkala mudah memberikan pandangan apabila sesuatu perkara tidak melibatkan anak sendiri.

    MENARIK:  [VIDEO] Cik B Lancar Baca Surah Ad-Dhuha, Amal Sejak Umur Tujuh Tahun – ‘Macam Mak Dia Suka Baca Al-Quran’

    Namun, apabila perkara tersebut berlaku kepada diri sendiri, reaksi yang ditunjukkan biasanya berbeza.

    Kadang-kadang benda tak kena pada anak sendiri, macam-macam kita boleh cakap.

    Bila kena pada diri sendiri dan anak sendiri, mula melompat.

    Penting juga cuba duduk dalam kasut orang lain.

    Sumber: Threads

    The post ‘Tak Perlu Letak Nama Pelajar Yang Gagal Peperiksaan Dalam Group WhatsApp’ – Rita Rudaini first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah