28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tawaran Masih Ada, Tapi Sebab Anak-Anak Masih Kecil’ – Mona Allen Belum Sedia Kembali Berlakon

    Shopee Sale

    Pelakon, Mona Allen mengakui kini lebih menumpukan perhatian kepada keluarga dan perniagaan sehingga terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon yang ditawarkan.

    Artikel Berkaitan: ‘Tak Perasan Kawan Saya Sedang Buat Live, Terbukalah Aib Bila Muncul Tanpa Hijab’ – Mona Allen

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Jaga Pemakanan & Isteri Cut Sugar Dalam Minuman’ – Pekin Ibrahim Turun 20Kg

    Fokus kepada anak-anak

    Ketika ditemui , Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 41, menjelaskan bahawa selain menguruskan anak-anak, dia turut berperanan memantau rutin pemakanan harian suaminya, Pekin Ibrahim, bagi memastikan berat badan aktor itu sentiasa terkawal.

    Bukan hanya menjaga anak-anak, saya sekarang adalah coach yang perlu pantau rutin pemakanan harian suami saya, untuk pastikan berat badannya terkawal.

    Kalau tidak, dia suka makan sampai berat badan naik.

    Kiranya banyaklah tugas saya sebagai isteri.

    Menurut Mona, komitmennya dalam menguruskan perniagaan kek serta anak-anak yang masih kecil menyebabkan dia belum bersedia untuk kembali aktif dalam dunia lakonan buat masa ini, meskipun masih ditawarkan pelbagai tawaran berlakon.

    Kalau nak berlakon semula, rasanya memang tidak berkesempatan buat masa sekarang kerana menguruskan perniagaan kek.

    Apa pun, itu bukan bermakna saya sudah tidak mahu berlakon sebab kita hanya merehatkan diri sahaja.

    Tawaran berlakon masih ada, tetapi saya tidak boleh ambil sebab ada perniagaan dan anak-anak pun masih kecil.

    Mona berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media X Factor, pra pelancaran single Walu Walu di Urbanhive, Putrajaya pada Selasa.

    MENARIK:  [VIDEO] Intan Najuwa Semak Senarai Boikot Sebelum Beli Perkakas Dapur Jenama Antarabangsa – ‘Kalau Tersilap, Saya Akan Buang’

    Terpaksa tolak tawaran berlakon

    Dalam pada itu, aktres drama ‘Dia Menantu Rahsia’ sengaja tidak menerima sebarang tawaran ketika ini kerana bimbang komitmen kerja yang berterusan akan menyukarkannya untuk memberi tumpuan kepada keluarga.

    Saya tak nak terima tawaran berlakon sekarang sebab bila sudah ‘start’ nanti memang kita tahu sentiasa akan ada offer lain yang datang.

    Jadi, lebih baik saya tidak ambil walaupun perasaan rindu berada di set penggambaran itu masih ada.

    InsyaAllah kalau anak sudah besar sedikit atau masuk ke sekolah, mungkin kalau ada rezeki saya come back dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi.

    Tunggu sampai saya betul-betul ready.

    Dalam masa sama, Mona mendedahkan bahawa terdapat juga tawaran untuk dia bergandingan bersama Pekin dalam sesebuah projek, namun terpaksa juga ditolak.

    Sebenarnya banyak juga tawaran yang saya dapat, ada yang nak saya berlakon dengan Pekin.

    Tetapi kami berdua, terutama saya sendiri yang tidak terima sebab anak-anak kecil lagi, maka saya yang tak nak.

    The post ‘Tawaran Masih Ada, Tapi Sebab Anak-Anak Masih Kecil’ – Mona Allen Belum Sedia Kembali Berlakon first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah