25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nina Sabrina Ismail Sabri Umum Hamil, Bakal Timang Cahaya Mata Pertama Bersama Hafiz Osman

    Shopee Sale



    Anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, iaitu Nina Sabrina Ismail Sabri berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya.

    Tahniah!

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Nina Sabrina Ismail Sabri (@ninaismailsabri)

    Nina yang mendirikan rumah tangga dengan Hafiz Osman pada November tahun lalu, bakal menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka.

    Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Nina meluahkan rasa syukur dan memohon doa agar segala urusan kehamilannya dipermudahkan.

    Berehat seketika daripada posting Raya untuk memberi ruang kepada si kecil yang sangat dinantikan kehadirannya tahun ini.

    Alhamdulillah, saya baru sahaja melepasi trimester pertama. Mohon doakan untuk si kecil dalam kandungan saya.

    Abah, kakak, dan mommy sangat teruja untuk bertemu denganmu, sayang, HN.

    Susulan daripada perkongsian itu, para peminat serta rakan-rakan selebriti turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta menitipkan doa agar Nina dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan selamat sehingga hari kelahiran.

    MENARIK:  Syamim Freida Akui Loya Nampak Pencuci Mulut Selepas Lima Bulan ‘Cut Sugar’ – ‘Minum Manis Pening Kepala’

    Sebagai info, Nina sebelum ini pernah berkahwin dengan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013 sebelum berpisah pada Ogos 2022.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie, yang kini berusia tujuh tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah