29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syamim Freida Akui Loya Nampak Pencuci Mulut Selepas Lima Bulan ‘Cut Sugar’ – ‘Minum Manis Pening Kepala’

    Shopee Sale

    Pelakon, Toh Puan Syamim Freida mendedahkan dirinya berjaya mengurangkan pengambilan makanan serta minuman bergula tinggi sejak lima bulan lalu demi menjaga kesihatan serta mengamalkan gaya hidup sihat.

    Artikel Berkaitan: Syamim Freida Kongsi Detik Perkenalan Dengan Suami – ‘Abang Saya Yang Kenalkan Kami’

    ‘Cut sugar’

    Menerusi perkongsian di Threads, Syamim, 35, berkata perubahan tersebut memberi kesan besar terhadap deria rasanya sehingga dia tidak lagi menggemari makanan manis seperti sebelum ini.

    Mengurangkan pengambilan gula sejak lima bulan lalu benar-benar mengubah deria rasa saya.

    Dulu asyik mencari pencuci mulut, tetapi sekarang melihat ‘desserts’ rasa loya. Minum air yang sedikit manis pun terus membuatkan kepala terasa pening.

    Menurut bekas peserta program Dewi Remaja 2014/2015 itu lagi, dia berharap perubahan positif tersebut dapat diteruskan secara konsisten untuk jangka masa panjang.

    Harap-harap amalan sihat ini dapat dikekalkan untuk jangka masa panjang.

    Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai wargamaya yang kagum dengan disiplin diamalkan pelakon itu selain menjadikannya sebagai inspirasi untuk mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian.

    MENARIK:  Tular Video Berbusana Pengantin, Fikry Ibrahim Didakwa Sudah Berkahwin?

    Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing selepas mengawal pengambilan gula termasuk perubahan terhadap selera makan dan tahap kesihatan badan.

    Sumber: Threads

    The post Syamim Freida Akui Loya Nampak Pencuci Mulut Selepas Lima Bulan ‘Cut Sugar’ – ‘Minum Manis Pening Kepala’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah