Pasangan pempengaruh dan usahawan sensasi, Prince Syed dan isterinya sekali lagi menyorot perhatian netizen apabila berkongsi momen mereka membeli-belah sejurus selepas pulang dari mahkamah berikutan prosiding membabitkan konflik keluarga.
Artikel Berkaitan: Prince Syed & Isteri Hadir Ke Mahkamah, Keluarga Mentua Dipercayai Berdepan Pertuduhan
Artikel Berkaitan: Prince Syed Dakwa Ditumbuk, Dihempuk Dengan Helmet – ‘Kepala Kena Serpihan Kaca, Muka Bengkak’
Shopping lepas balik mahkamah
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pasangan tersebut dilihat berjalan sambil berpimpinan tangan memasuki sebuah gedung tekstil popular.
Difahamkan, tujuan mereka ke premis itu adalah untuk membeli kain buat tempahan baju raya bagi pelanggan butik mereka, Prince Syed Couture.
Pergi cari kain-kain untuk tempahan baju-baju raya customer. Alhamdulillah ramai yang tempah baju. InsyaAllah kita buat yang terbaik.
Bagaimanapun, hantaran tersebut menjadi medan kecaman apabila ruangan komen dibanjiri dengan respon negatif daripada warganet.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat gelagat pasangan itu yang dianggap tidak sensitif, sedangkan mereka baru sahaja melalui proses mahkamah yang melibatkan ibu kandung pihak isteri.
Komen netizen

Terdahulu, Prince Syed dan isteri hadir ke Mahkamah Majistret Klang bagi mendengar prosiding pertuduhan melibatkan mentuanya iaitu Aminah Haniffa dan Ishak Saif beserta dua adik iparnya iaitu Muhd Ikhwan Alif dan Muhd Syahmi Faiz.
Pada prosiding tersebut, mentua dan dua ipar kepada Prince Syed mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.
Bagi kes melibatkan Aminah Haniffa, 55, Ishak Saif, 59, dan Muhd Ikhwan Alif, 22, mereka kemudiannya diarah untuk membayar ikat jamin sebanyak RM1,500 seorang manakala Muhd Syahmi Faiz diarah untuk membayar ikat jamin sebanyak RM2,000.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 26 Januari depan sebagai sebutan semula kes.
Sumber: TikTok
The post Netizen Kecam Prince Syed & Isteri Kongsi Video ‘Shopping’ Selepas Prosiding Mahkamah first appeared on OHBULAN!.






