25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ⁠Jastis Arimba Seru Syamsul Yusof Hasilkan Filem Berunsur Perjuangan Palestin – ‘Dia Pengarah Kegemaran Saya’

    Shopee Sale

    Sutradara filem Hayya 3: Gaza iaitu Jastis Arimba, menyeru pengarah terkenal tanah air, Syamsul Yusof agar turut sama menghasilkan karya bertemakan kemanusiaan yang menyuarakan perjuangan rakyat Palestin.

    Seru Syamsul

    Jastis berpendapat, filem bukan sekadar medium hiburan semata-mata, sebaliknya mampu menjadi wadah yang kuat untuk membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap isu sejagat.

    Secara peribadi, saya sangat mengagumi Syamsul Yusof. Dia antara pengarah kegemaran saya. Saya menonton filem-filem arahannya seperti Munafik dan Mat Kilau.

    Saya berharap, sebagai pengarah hebat Malaysia, dia juga mempunyai keprihatinan yang sama terhadap rakyat Palestin dan akan menghasilkan filem yang menyuarakan perjuangan ini.

    Jastis berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tayangan filem Hayya 3: Gaza yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.

    Bercerita lanjut, Jastis berkata, isu Palestin bukan sekadar konflik sementara, tetapi perjuangan yang akan berterusan hingga akhir zaman.

    Bagi saya, perjuangan Palestin ini ibarat larian maraton. Kita tidak boleh berhenti dan tidak boleh berasa letih. Semua orang mempunyai peranan masing-masing.

    Ada yang menulis, melukis, menggubah lagu atau menghasilkan filem, semuanya boleh digunakan untuk menyampaikan mesej kemanusiaan.

    Hayya 3: Gaza

    Dalam pada itu, Jastis turut berharap bukan sahaja penggiat seni di Indonesia, malah Malaysia juga akan terus menghasilkan karya yang menyuarakan penderitaan dan semangat juang rakyat Palestin.

    Kerja ini bukan sekadar tanggungjawab profesional, tetapi satu legasi. Sebagai Muslim yang menentang penjajahan serta kekejaman, saya mahu menyumbang dengan kemampuan yang saya ada iaitu melalui filem.

    Jelas Jastis lagi, peluang mengarahkan Hayya 3: Gaza sebagai satu penghormatan besar buat dirinya dan keluarga kerana dapat menzahirkan sokongan terhadap perjuangan suadara Islam di Palestin.

    Dapat menghasilkan karya yang menyuarakan perjuangan rakyat Gaza dan Palestin merupakan satu kebanggaan, bukan sahaja untuk diri saya, tetapi juga buat keluarga saya.

    Semoga lebih ramai pengarah di rantau ini akan terus bersuara melalui karya mereka.

    Filem terbitan Warna Pictures & 786 Productions yang diedarkan oleh Horizon Film Entertainment berkolaborasi bersama Cinta Gaza Malaysia itu bakal menerjah pawagam pada 30 Oktober ini.

    MENARIK:  Karnival Jom Heboh Ke Melaka, Tiga Hari Berkampung

    Hayya 3: Gaza dibintangi Amna Shahab, Azamy Syauqi, Cut Syifa,Oki Setiana Dewi, Adhin Abdul Halim, Fauzi Baadila dan ramai lagi.

    The post ⁠Jastis Arimba Seru Syamsul Yusof Hasilkan Filem Berunsur Perjuangan Palestin – ‘Dia Pengarah Kegemaran Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah