
Meskipun sekadar meraih tempat ketiga dalam program Big Stage 2022, namun nama penyanyi Aisha Retno lebih dikenali dan ke hadapan berbanding juara, Alica Paujin dan naib juara, Danial Chuer.
Rezeki

Mengulas mengenai perkara itu, Aisha atau nama lengkap Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, berkata, dia tidak memasang sebarang strategi untuk kekal relevan, sebaliknya kejayaan yang diraih adalah rezeki yang sudah tertulis.
Tiada sebarang strategi saya gunakan, saya hanya ikhlas dalam menghasilkan muzik dan tidak pernah menyerah berjuang untuk muzik.
Kalau datang hal-hal negatif yang saya dengar, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri untuk saya.
Dalam bidang muzik kerana berani, perlu ada satu attitude yang ‘apa nak jadi, biarkan jadi’.
Selepas habis Big Stage, saya tidak pernah sasar sesuatu, semua yang terjadi berjalan atas izin Allah.
Aisha berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Makan Makan Raya bersama Sophia dan Aisha Retno yang diadakan di The Roomah Restaurant, Publika, baru-baru ini.
Hubungan dengan peminat

Bersetuju dengan kenyataan bergelar juara bukan tiket kekal relevan, Aisha berkata, menjaga hubungan baik dengan kelab peminat dan penggiat seni tanah air juga menjadi faktor untuk nama sentiasa disebut.
Boleh jadi begitu (juara bukan tiket kekal relevan), semua bergantung dengan rezeki.
Hubungan dengan kelab peminat juga sangat penting selain hubungan dengan penggiat seni juga penting.
Peminat boleh jadi seperti lalang, mereka akan sokong artis yang sedang naik. Tapi bagaimana kita jaga hubungan dengan mereka, update muzik kita.
Anggap peminat sebagai pemangkin utama kita. Biarkan peminat sebati dengan artis, peminat ibarat nadi artis.





