28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ibu Kena Siap Sedia Dengan Ragam Anak Ketika Beraya’ – Alyah

    Shopee Sale

    Penyanyi, Datin Alyah berpendapat ibu bapa perlu bersedia dari segi mental dan emosi untuk berdepan pelbagai ragam anak, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan Aidilfitri.

    Artikel Berkaitan:The Fabulous Cat Buat ‘Comeback’! ‘Satu Syawal’ Satukan Semula Cat Farish, Alyah & Adeep Nahar

    Ragam anak

    Alyah, 45, berkata dia bersyukur kerana anaknya, Nur Izzara mudah dijaga dan tidak menunjukkan ragam melampau seperti yang sering dikongsikan oleh segelintir ibu bapa lain dalam media sosial.

    Saya rasa, kita sebagai ibu memang kena bersiap sedia dengan ragam anak ketika beraya. Tapi bagi saya, melayan ragam anak ini menyeronokkan. Sebab selalu bila jaga anak buah, bila meragam kita bagi mak dia semula.

    Tapi ini bila anak sendiri meragam, memang kita kena handle. Alhamdulillah anak saya kalau meragam pun masih okay. Dia tak ada sampai baring dekat lantai.

    Kita masih boleh kawal dia. Mungkin sebab dekat rumah dia berkawan dengan orang besar, tak ada yang kecil sebaya dia.

    Dalam pada itu, isteri kepada Maestro Muzik, Datuk Ramli MS memaklumkan dia dan keluarga pulang beraya di Johor serta Singapura.

    Raya kali ini memang balik Johor dan Singapura. Tapi pergi Johor dahulu kemudian baru ke Singapura.

    Baju raya anak banyak untuk tahun ini. Sebab tahun lalu dia tak boleh berjalan lagi, tahun ini dah boleh berjalan. Banyak juga shopping baju raya dia dan ia satu pengalaman yang menyeronokkan.

    The post ‘Ibu Kena Siap Sedia Dengan Ragam Anak Ketika Beraya’ – Alyah first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Sabronzo Kunci Mulut Dakwaan Sedang Hangat Bercinta, Enggan Terlalu Kongsi Kisah Peribadi

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah