30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muaz Zabir Dedah Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah -‘Muka Saya Berdarah & Luka’

    Shopee Sale

    Pelakon Muaz Zabir berkongsi pengalaman apabila pernah menjadi mangsa buli semasa zaman persekolahan.

    Artikel Berkaitan: Muaz Zabir Fokus Perbaiki Diri, Pasang Niat Sambung Belajar – ‘Saya Berusaha Menebalkan Poket’

    Artikel Berkaitan: Private: Mesra Dengan Anak Bella Astillah, Muaz Zabir Tiada Niat Nak Menunjuk – ’Kami Rapat, Saya Memang Suka Budak Kecil’

    Dibuli sepanjang sekolah

    Ketika ditemui , Muaz atau nama lengkapnya Muaz Mohamad Zabir, 28, menceritakan pengalaman tersebut telah memberi pengajaran dan membentuk dirinya menjadi lebih berani.

    Sebenarnya saya ‘introvert’ dan pernah jadi pengawas… jadi biasalah, budak-budak nakal tak suka.

    Saya dibuli sepanjang sekolah. Selepas dari itu, saya tekad untuk menjadi orang lain dan sehingga menjadi diri saya yang sekarang.

    Tambah Muaz meskipun ketika itu dirinya mengalami kecederaan, namun memilih untuk tidak memberitahu ibu bapanya kerana takut dimarahi.

    Beberapa bahagian di muka saya berdarah. Tapi tidaklah berjahit, hanya luka di bahagian hidung dan dahi sahaja. Saya balik rumah, basuh luka dan terus masuk bilik, tak keluar satu malam.

    Ibu bapa saya tidak tahu, sebab arwah ayah saya garang. Bukan tak nak beritahu, tapi takut nanti saya pula yang kena marah. Jadi saya pilih untuk berdiam.

    Bagaimanapun, pelakon drama Pemburu Rahsia ini tidak menafikan bahawa insiden tersebut secara tidak langsung telah membentuk keyakinan dan keberanian dalam dirinya.

    Saya rasa menjadi terlalu baik juga susah untuk saya bertahan, tapi saya tidak menyalahkan pembuli tersebut kerana disebabkan mereka, saya berjaya kuatkan diri.

    Muaz berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama Dorm 403 yang bakal ditayangkan di slot Lestary TV3.

    MENARIK:  ‘Saya Kena Live, Nanti Orang Kata Tak Luangkan Masa Dengan Anak Pula’

    Belajar ilmu mempertahankan diri

    Aktor drama Dorm 403 ini juga mendedahkan pernah mempelajari silat sejak di bangku sekolah untuk mempertahankan diri daripada terus dibuli.

    Saya belajar silat bukan untuk bergaduh, tetapi untuk pertahankan diri saya.

    Silat mengajar saya, bila masa kena lawan dan bila masa perlu elak. Sekarang dah tak ada buli, tapi ilmu itu masih saya gunakan dalam kehidupan dan lakonan juga.

    Sementara itu, Muaz menitipkan nasihat agar mereka yang menjadi mangsa buli agar tidak berdiam diri, sebaliknya bersuara dan segera mendapatkan bantuan.

    Kepada yang dibuli, jangan berdiam diri. Jika perlu bersuara, bersuara. Kalau perlu beritahu cikgu atau ibu bapa, beritahu.

    Jangan biarkan diri terus dibuli, carilah orang yang boleh bantu kita.

    Dalam perkembangan terbarunya, Muaz membintangi sebuah drama Dorm 403 bagi slot Lestary dan digandingkan bersama barisan pelakon antaranya Zairi Aziz, Muaz Zabir, Nik Rifaie, Gbril, Evertts Gomes, Dynas Mokhtar dan Puteri Aleeya.

    Drama yang bakal ditayangkan itu akan menyingkap kehidupan sebenar pelajar asrama yang penuh dengan rahsia, dendam, cinta dan pengkhianatan.

    The post Muaz Zabir Dedah Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah -‘Muka Saya Berdarah & Luka’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah