34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Gelak, Buat Lawak Tak Bermaksud Korang Boleh Pijak Kepala’ – Riena Diana

    Shopee Sale

    Pelakon Riena Diana meluahkan rasa kecewa dan berang dengan tindakan segelintir netizen yang menyebarkan fitnah dan tuduhan tidak berasas terhadap dirinya.

    Artikel Berkaitan: ‘Keith Nak Peluk Islam, Belajar Agama & Kemudian Baru Kahwin’ – Riena Diana

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Riena Diana Masak Bekal Untuk Keith Foo, Netizen Komen Layak Dapat Hantaran RM30k

    ‘Tak rasa berdosa ke menghukum hidup orang’

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Riena atau nama penuhnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, mengakui selama ini dia memilih untuk berdiam diri. Namun, kini tidak lagi apabila nama keluarganya turut terpalit dalam kontroversi tersebut.

    Sebenarnya tak nak tegur pun dan tak nak kisah apa pun yang sesetengah orang komen pasal saya dan Keith. Tapi bila korang dah mula cakap benda melampau kononnya jiran nenek saya cakap itu ini, ada yang cakap mak bapak saya dah meninggal.

    Korang tak rasa berdosa ke menghukum hidup orang macam tu? Family korang perfect sangat ke?

    Dalam pada itu, pelakon drama Kampung People ini juga mengakui komen-komen negatif yang diterimanya itu secara tidak langsung mengganggu kesihatan mental dan emosinya.

    Saya ni gelak-gelak, buat lawak bodoh semua tu tak bermaksud korang boleh pijak kepala. Saya kongsi pasal kerja dan sedikit pasal kehidupan saya, bukan untuk korang komen lebih-lebih. Komen macam tu semua kacau mental saya.

    Riena turut menempelak sikap segelintir individu yang disifatkannya sebagai tidak beradab apabila sanggup menyebarkan khabar angin serta menjatuhkan hukum terhadap kehidupannya, sedangkan mereka langsung tidak mengenali dirinya secara peribadi.

    Jangan sebok nak menyampai berita tak sahih, jangan sebok nak komen negatif pasal saya. Korang bagus sangat ke? Get a life! 

    Susulan isu tersebut, Riena berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang demi membersihkan nama dan mengelakkan salah faham dalam kalangan ahli keluarga mahupun peminat.

    MENARIK:  Wow! Ada Menu & Merchandise Pokémon Comel Serendah RM2.90 Je di 7-Eleven CAFé, Korang Wajib Singgah!

    Sumber: Instagram Riena Diana

    The post ‘Saya Gelak, Buat Lawak Tak Bermaksud Korang Boleh Pijak Kepala’ – Riena Diana first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah