Pelakon Catriona Ross meluahkan rasa kesal terhadap mentaliti segelintir masyarakat yang dilihat semakin hilang empati apabila berdepan kes jenayah kejam, susulan insiden tikam dan bunuh melibatkan Allahyarham Nurfisya baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Biarkan Anak-Anak Lelaki Jadi Seorang Pembunuh’ – Liyana Jasmay
Artikel Berkaitan: ‘Banyak Complain Tentang Open House, Makan Saja Yang Dihidangkan’ – Catriona Ross
Mentailiti masyarakat

Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 45, menyifatkan insiden jenayah yang melibatkan seorang gadis ditikam sehingga 61 kali sebagai satu perbuatan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Metaliti masyarakat kita sudah tenat!
Seorang gadis ditikam sebanyak 61 kali, itu adalah jenayah yang sangat kejam, dan dilakukan oleh seorang yang mungkin penuh dendam dan teramat lazim.
Tetapi apa reaksi segelintir masyarakat kita hanya mampu kata apa? ‘Siapa suruh keluar dengan dua lelaki dalam satu masa?’
Menghalalkan perbuatan jenayah?

Dalam hantaran yang sama, Catriona berpendapat bahawa pandangan sebegitu bukan sahaja mencerminkan hati yang kotor, malah seolah-olah cuba menghalalkan perbuatan jenayah pembunuhan tersebut.
Kotornya hati awak sampai tergamak berkata begitu.
Kepada mereka yang berkata demikian, secara tidak langsung kamu seolah-olah menghalalkan perbuatan membunuh itu.
Terdahulu, media melaporkan satu kejadian tragis membabitkan seorang remaja perempuan, Nurfisya Zulkifly, yang ditemui maut di Kampung Simah, Ketereh, Kelantan.
Sumber: Threads
The post ‘Mentaliti Masyarakat Kita Dah Tenat, Seolah Menghalalkan Perbuatan Membunuh’ – Catriona Ross first appeared on OHBULAN!.





