Minyak ikan merupakan sejenis lemak semula jadi yang diekstrak daripada tisu ikan, khususnya ikan berlemak seperti tuna, tenggiri dan sardin.
Artikel Berkaitan: Sedap Tapi Bahaya! Ini Risiko Jika Makan Durian Berlebihan
Artikel Berkaitan: Rahsia Nutrisi Ikan Salmon Untuk Si Bayi, Bantu Pertumbuhan Otak & Menyokong Tumbesaran
Mengandungi vitamin A & vitamin D

Minyak ikan diiktiraf sebagai sumber nutrisi penting kerana kandungan asid lemak Omega-3 yang tinggi, iaitu EPA dan DHA, yang berperanan dalam mengekalkan kesihatan jantung, otak serta fungsi tubuh secara menyeluruh.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan pengambilan ikan dalam diet mingguan demi manfaat kesihatan yang optimum.
Namun bagi mereka yang tidak dapat menikmatinya secara konsisten, suplemen minyak ikan merupakan alternatif terbaik untuk memenuhi keperluan asid lemak omega-3 harian.
Minyak ikan membekalkan sekitar 30% omega-3 bersama vitamin A dan D yang penting bagi kesihatan mata, tulang, serta sistem imun.
Berbeza dengan sumber tumbuhan yang hanya mengandungi ALA, minyak ikan jauh lebih efektif kerana kaya dengan EPA dan DHA yang mudah diserap oleh tubuh.
Bantu kurangkan komplikasi penyakit kronik

Minyak ikan terbukti secara saintifik dalam melindungi kesihatan jantung dengan mengawal paras kolesterol, trigliserida dan tekanan darah.
Bukan itu sahaja, ianya turut membantu mengurangkan risiko strok serta serangan jantung mengejut.
Selain menyokong fungsi buah pinggang bagi pesakit kronik dan diabetes, ia juga digelar ‘makanan minda’ kerana keupayaannya menyokong fungsi neurologi.
Pengambilan omega-3 secara konsisten bukan sahaja mampu menstabilkan emosi dan mengurangkan risiko kemurungan, malah melambatkan penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer serta mengurangkan kekerapan migrain.
Sumber: Hello Doktor
The post Manfaat Pengambilan Minyak Ikan Untuk Kesihatan & Minda first appeared on OHBULAN!.





