32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Madam Mariyah Bercerai Talak Satu – ‘Saya Terjah Mr.S Berduaan Dengan Penyondol Dalam Kereta’

    Shopee Sale

    Usahawan, Madam Mariyah akhirnya mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan suaminya yang dikenali sebagai Mr. S di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, pada Selasa.

    Artikel Berkaitan: Madam Mariyah Nasihat Isteri Wajib Jaga Penampilan – ‘Bangun Tidur Kena Cantik, Tak Cantik Jangan Bangun’

    20 tahun terlerai

    Maryah, 50, berkata, lafaz cerai tersebut menjadi titik noktah kepada rumah tangganya yang dibina hampir 20 tahun bersama bekas suami.

    Secara rasminya, pada Selasa saya sah bercerai dengan Mr. S dengan talak satu. Bukan seperti yang orang kata talak tiga atau sepuluh, tetapi hanya talak satu sahaja.

    Mariyah berkata demikian ketika ditemui di sidang media pendedahan eksklusif yang diadakan di Opera Cafe & Lounge, Starhill, Kuala Lumpur, pada Rabu.

    Dalam prosiding tersebut, pihak Maryah mengemukakan tuntutan melibatkan hak penjagaan anak, nafkah edah dan nafkah muta’ah.

    Namun, Mr. S menolak semua tuntutan dengan alasan prosiding tersebut hanya untuk pengesahan penceraian semata-mata, manakala tuntutan lain perlu difailkan kemudian.

    Saya sudah menunggu sejak bulan Mei hingga September. Pada Selasa adalah kali pertama saya mendengar semula suara seorang lelaki yang pernah hidup bersama saya hampir 20 tahun, melafazkan talak satu. Itu pengakhirannya untuk saya.

    Tapi saya tertanya, kenapa dia tidak mahu memudahkan urusan? Hari itu juga boleh selesai semuanya, tetapi dia tetap tidak mahu.

    Wujud orang ketiga?

    Bercerita lanjut, Mariyah mendedahkan perkahwinannya diduga dengan kehadiran orang ketiga yang didakwa menjadi punca berlakunya perceraian.

    Saya sendiri yang terjah Mr.S dengan penyondol itu ketika mereka berdua-duaan dalam kereta pada 3 Januari lalu. Lagi menyakitkan bila Mr.S sendiri mengaku depan saya dia lebih sayangkan penyondol itu berbanding saya.

    Isteri mana yang tak terkejut bila nampak suami sendiri dengan perempuan lain? Tapi dia pertahankan penyondol itu sampai sanggup tolak, jatuh dan kepala saya berdarah.

    Saya bukan nak buka aib. Saya tak pernah minta duit dia. Saya cuma nak dihargai dan disayangi. Kalau seorang suami itu baik, dia akan pertahankan rumah tangga dia.

    Enggan lagi menoleh ke belakang, Mariyah kini mahu meneruskan kehidupan dan fokus pada perniagaannya, AuraMaria.

    Saya mengalami depresi yang teruk sampai makan ubat beratus biji. Saya sampai terfikir nak ambil nyawa sendiri. Saya kurung diri dan suka duduk dalam gelap.

    Namun, dengan sokongan orang sekeliling dan demi anak-anak, saya bangkit. Maka tercetus idea untuk keluarkan Kopi Che’lims.

    Saya mahu fokus dengan bisnes. Saya sekarang lebih mencintai diri sendiri daripada mencintai orang lain.

    Untuk rekod, Mariyah dan Mr.S mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan bersama. Usahawan itu juga mempunyai dua cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu.

    MENARIK:  ‘Saya Gagal Didik Isteri, Kemudi Rumah Tangga’ – Along Enggan Lagi Berhubung Dengan Afreena

    The post Madam Mariyah Bercerai Talak Satu – ‘Saya Terjah Mr.S Berduaan Dengan Penyondol Dalam Kereta’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah