32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami K*rat Isteri, Sorok M*yat Dalam Kotak Plastik & Letak Di Balkoni Rumah

    Shopee Sale

    Seorang lelaki warga Myanmar berjaya diberkas polis selepas disyaki membunuh dan mengerat isterinya sebelum menyembunyikan mayat mangsa di dalam sebuah kotak plastik di sebuah apartmen di Bangkok.

    Artikel Berkaitan: Influencer & Peguam Didakwa Rancang Bunuh Penyanyi, Kantoi Selepas FBI Menyamar Jadi Pembunuh Upahan

    Suami kerat isteri sebab cemburu?

    Suspek dikenali sebagai Aung Pyae, 36, yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah pub berjaya ditahan hasil operasi bersama antara pihak berkuasa Thailand dan Myanmar pada Sabtu.

    Penahanan itu dibuat susulan penemuan mayat seorang wanita warga Myanmar, Aye Aye Nwe, 34, yang bekerja sebagai pelayan bar di kawasan Klong Toey, Bangkok.

    Mayat mangsa yang telah dikerat beberapa bahagian ditemui disumbat di dalam sebuah kotak simpanan plastik yang ditinggalkan di balkoni belakang sebuah bilik sewa.

    Hasil siasatan awal mendapati suami mangsa merupakan suspek utama dalam kes berkenaan. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek meninggalkan lokasi kejadian sebelum menaiki sebuah van penumpang dari Bangkok ke Mae Sot, dipercayai dalam cubaan melarikan diri merentasi sempadan ke Myanmar.

    MENARIK:  [VIDEO] Rai Aidiladha Bersama, Netizen Puji Shikin Maembong & Chef Wan Jaga Hubungan Baik – ‘Tak Berdendam & Tak Ada Toksik’

    Pihak berkuasa percaya motif pembunuhan berpunca daripada perasaan cemburu selepas suspek menuduh isterinya mempunyai pasangan baharu.

    Sebelum penemuan mengerikan itu, polis menerima laporan kira-kira jam 3.30 pagi Jumaat mengenai satu objek mencurigakan serta bau busuk yang datang dari sebuah apartmen di Ratchaprarop Soi 14.

    Pasukan polis bersama sukarelawan penyelamat kemudian dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan.

    Ketika pemeriksaan dilakukan, mereka menemui sebuah kotak plastik besar yang mengandungi mayat wanita yang telah dikerat. 

    Pemeriksaan awal turut mendapati kepala mangsa serta beberapa bahagian anggota badan lain masih hilang.

    Sumber: Bangkok Post

    The post Suami K*rat Isteri, Sorok M*yat Dalam Kotak Plastik & Letak Di Balkoni Rumah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah