32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Warga Bangladesh mengaku salah miliki lebih 35,000 liter diesel

    Shopee Sale

    Seorang warga Bangladesh yang sebelum ini menghilangkan diri lebih dua tahun setelah diberi jaminan polis, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di Melaka hari ini, atas dakwaan memiliki lebih 35,000 liter minyak diesel tanpa kebenaran pada tiga tahun lepas.

    Altaf Aziz Kardar, 42, yang ditangkap semula minggu lepas, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

    Tertuduh bersama-sama dua individu lain didakwa mempunyai kawalan terhadap 35,653 liter minyak diesel yang juga merupakan barang kawalan berjadual di sebuah premis stor tanpa nama dan nombor di Jalan PK 20, Kawasan Perindustrian Krubong, kira-kira 3 petang pada 6 Okt 2023.

    Lelaki itu didakwa memiliki minyak diesel berkenaan secara runcit atau borong tanpa lesen sah, iaitu kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

    MENARIK:  Najib fail rayuan keputusan mahkamah tolak permohonan kes titah adendum

    Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi kesalahan kedua, denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

    Mahkamah kemudian menetapkan 29 Jun ini bagi fakta kes dan hukuman serta tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh.

    Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka Muhammad Ashraf Nashruddin Ahmad Nazri dan Norhysham Md Noor, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah