32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Konsultan Bersalin Tenangkan Ibu Hamil Bimbang Bahagian Sulit Gelap – ‘Kami Tak Tengok Pun’

    Shopee Sale

    Seorang konsultan Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) tampil memberi penjelasan berhubung kebimbangan sesetengah wanita mengenai warna kulit di bahagian sulit, khususnya menjelang proses kelahiran.

    Artikel Berkaitan: Penat Urus Anak, Kerja & Rumah? Ini Tips Untuk Ibu Bapa Kawal Emosi

    ‘Kami tak tengok pun’

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, konsultan berkenaan membalas pertanyaan seorang pengguna yang mengakui berasa malu kerana mempunyai ‘celah kangkang yang hitam’ dan bimbang akan dinilai oleh jururawat serta doktor ketika bersalin nanti.

    Honestly? Kami tak tengok pun. Kalau nak tahu apa yang kadang-kadang buat healthcare staff geleng kepala.

    Biasanya benda macam tak ikut nasihat penting berkaitan keselamatan atau self-discharge walaupun ada risiko yang jelas.

    Yang itu kami risau. Warna kulit? Never.

    Tambahnya lagi, sepanjang berkhidmat, mereka telah membantu ribuan ibu daripada pelbagai latar belakang dan warna kulit, justeru isu berkenaan tidak pernah menjadi perkara yang diberi perhatian.

    Dah jaga beribu-ribu ibu daripada pelbagai ethnicities-white, black and everything in between.

    Do we care? Not really. Do we judge? Also not really.

    Jelasnya, ketika proses bersalin berlangsung, perkara yang lebih penting bagi petugas kesihatan adalah memastikan keselamatan ibu dan bayi.

    Masa bersalin, perkara yang kami fikirkan ialah, baby selamat? Mum selamat? Ada bleeding tak? Baby coping okay tak?

    Trust me, warna kulit di celah kangkang tu berada sangat jauh dalam senarai perkara yang kami perhatikan.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [VIDEO] Beli Rumah Untuk Setiap Anak, Netizen Puji Pengorbanan Kak KM – ‘Suka Tengok Cara Dia Hargai Anak-Anak’

    The post Konsultan Bersalin Tenangkan Ibu Hamil Bimbang Bahagian Sulit Gelap – ‘Kami Tak Tengok Pun’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah