28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan guru lelaki disyaki lakukan amang seksual bekas murid

    Shopee Sale

    Polis telah menahan seorang guru lelaki yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki berumur 13 tahun di sebuah hotel di Kuala Terengganu pada 4 Jun lepas.

    Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata suspek yang berusia lingkungan 30-an ditahan di rumahnya malam tadi.

    Beliau berkata mangsa mendakwa suspek, yang juga bekas gurunya ketika di sekolah rendah, telah melakukan perbuatan itu ketika mereka berada di hotel berkenaan pada kira-kira 8 pagi 4 Jun lepas.

    "Mangsa bagaimanapun membuat laporan pada 9.38 pagi semalam... susulan itu, polis telah menahan suspek di rumahnya untuk siasatan lanjut," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  TLDM teliti alternatif ganti sistem NSM dari Norway

    Azli berkata lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari hingga 21 Jun untuk siasatan di bawah Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

    Beliau berkata pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut, dan kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 15(B) akta sama.

    Azli juga berkata dalam tempoh 1 hingga 14 Jun lepas, pihaknya telah membuka empat kertas siasatan melibatkan kes seksual terhadap kanak-kanak.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah