28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    5 suspek ditahan terkait kes samun pencari pasangan sejenis

    Shopee Sale

    Polis menahan lima lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan samun berkumpulan yang menyasarkan mangsa dikenali menerusi aplikasi mencari pasangan sejenis.

    Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata suspek berusia 21 hingga 28 tahun itu diberkas kira-kira jam 11.30 pagi pada 30 Mei lalu di Brinchang, Cameron Highlands, Pahang oleh pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

    Katanya kejadian melibatkan sembilan mangsa lelaki tempatan berusia 25 hingga 40 tahun. Jumlah kerugian akibat kegiatan mereka yang dipercayai dilakukan di sekitar Taman Pelangi dan Kampung Majidee dari Januari hingga Mei lepas pula dianggarkan RM315,220.

    “Suspek menggunakan aplikasi itu untuk mencari dan mengajak mangsa berjumpa di dalam kereta.

    “Kemudian, rakan suspek akan menyamar sebagai pihak keselamatan dan mengugut mangsa dengan menuduh mereka melakukan aktiviti tidak sopan di tempat awam,” katanya pada sidang media di IPD Iskandar Puteri, hari ini.

    MENARIK:  Pemuda Bersatu perlekeh kempen media sosial PKR untuk Anwar

    Dia menambah mangsa juga dicederakan dan barang peribadi seperti kad debit dan kredit, barang kemas serta wang tunai dirampas.

    Katanya suspek juga mendapatkan kata laluan kad bank mangsa dan akan membuat pengeluaran wang untuk membeli barang kemas.

    “Hasil siasatan mendapati keterangan diperoleh (daripada suspek) konsisten dengan kejadian samun tersebut seperti dilaporkan semua mangsa,” katanya.

    Ab Rahaman berkata polis merampas lima telefon bimbit, sebuah Perodua Bezza, satu resit pembelian emas, lima kad debit, masing-masing empat rantai dan subang serta dua cincin dan dua gelang tangan emas.

    Katanya semua suspek didapati negatif barang terlarang namun mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan samun dan dadah.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dengan tiga daripada suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru esok,” katanya.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah