Penyanyi Sufian Suhaimi mendedahkan dia lebih berhati-hati dalam menguruskan sumber pendapatannya, terutama yang diperoleh daripada bidang muzik, kerana bimbang status wang tersebut yang dianggap syubhah.
Artikel Berkaitan: Sufian Suhaimi Syukur Bergelar Bapa – ‘Sukar Untuk Gambarkan Perasaan Ini’
Artikel Berkaitan: Isteri Sufian Suhaimi Dilabel ‘Beauty With Brain’, Bergelar Peguam Di Usia 25 Tahun
Asingkan duit menyanyi
Menerusi perkongsian di audio siar YouCast, Sufian atau nama lengkapnya Muhammad Sufian Mohd. Suhaimi, 34, berkata, dia mengambil langkah tersebut sebagai usaha menjaga keberkatan dalam kehidupannya serta keluarga.
Menurut Sufian, pendapatan tersebut tidak pernah dicampurkan dengan hasil keuntungan yang diperolehi daripada perniagaannya.
Saya asing, tak sekalikan. Saya rasa begitu (syubhah).
Duit dari hasil muzik saya tak pernah campur dengan bisnes Baby Pian.
Saya takut kalau saya gunakan untuk kehidupan nanti tak berkat.
Dalam masa sama, pelantun lagu Di Matamu itu menjelaskan bahawa wang yang diperoleh daripada aktiviti nyanyian hanya digunakan untuk perkara-perkara yang tidak melibatkan keperluan asas kehidupan seperti makanan.
Guna untuk benda-benda tak berkaitan dengan sesuatu yang akan masuk ke dalam badan.
Saya guna untuk barang-barang di studio, nak pergi bercuti, tengok wayang dan beli gadget.
Nak bagi makan anak bini saya tak pakai duit menyanyi. Kahwin pun tak pakai duit menyanyi.
Sumber: TikTok Youcast
The post [VIDEO] Risau Status Syubhah, Sufian Suhaimi Asingkan Pendapatan Muzik – ‘Bagi Makan Anak Bini Tak Pakai Duit Menyanyi’ first appeared on OHBULAN!.





