28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jennifer Coppen & Suami Cetus Perdebatan, Minum Minuman Keras Atau Air Sparkling?

    Shopee Sale

    Majlis perkahwinan personaliti Indonesia, Jennifer Coppen dan suaminya, Justin Hubner menerima reaksi negatif apabila mereka didakwa menghidangkan minuman keras.

    Artikel Berkaitan: Jennifer Coppen Bakal Kembali Bergelar Isteri, Umum Tarikh Nikah Dengan Pemain Bola Sepak Indonesia

    Artikel Berkaitan: ‘Justin Buat Saya Jadi Diri Sendiri, Sabar Hadap Trauma & Setiap Duit Gaji Dibelanja Kepada Kami’ – Jennifer Coppen

    Minuman keras?

    View on Threads

    Menerusi perkongsian semula di Threads, kelihatan pasangan pengantin baru itu sedang menuang minuman dari botol ke dalam beberapa buah gelas ketika di majlis perkahwinan mereka.

    Jennifer dan Justin kemudian dilihat meneguk minuman tersebut daripada botol.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan rata-rata warganet mengecam perbuatan tersebut kerana meminum arak adalah bertentangan dengan syariat Islam.

    MENARIK:  Azfar Heri Bergambar Rapat Dengan Rakan Wanita, Netizen Nasihat – ‘Jadi Influencer Yang Jaga Batas Dalam Agama’

    Dalam masa sama. terdapat juga segelintir warganet berkata, air di dalam botol tersebut bukan arak tetapi hanyalah minuman sparkling.

    Meskipun bukan minuman keras, warganet berpendapat acara itu tidak sepatutnya dilakukan kerana meniru ritual perkahwinan orang bukan Islam.

    Pada Jumaat lalu, Jennifer dan pemain bola sepak itu sah disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan.

    Sekadar info, Jennifer pernah mendirikan rumah tangga dengan Dali pada Oktober 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Kamari.

    Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal selepas Dali meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Julai 2024.

    Sumber: Threads

    The post Jennifer Coppen & Suami Cetus Perdebatan, Minum Minuman Keras Atau Air Sparkling? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah