32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Politik ‘kondom’ makan diri: Pemimpin Bersatu Melaka padam hantaran

    Shopee Sale

    Ketua Penerangan Bersatu Negeri Melaka, Hishamuddin Abdul Karim bertindak memadamkan hantaran kontroversinya di media sosial yang menyasarkan Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

    Langkah itu dibuat selepas Hishamuddin menerima kecaman hebat, selain ancaman tindakan undang-undang daripada Afnan Hamimi selepas hantaran berkenaan turut mengheret dan menghina bapa Ahli Parlimen Alor Setar itu, Allahyarham Taib Azamudden Md Taib.

    Hishamuddin Abdul Karim

    Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, Hishamuddin yang juga ketua Bersatu bahagian Kota Melaka mengesahkan hantaran berhubung ulasan terhadap ucapan tokoh politik tersebut telah dipadamkan daripada media sosial rasminya.

    "Merujuk kepada hantaran saya berhubung ulasan terhadap ucapan melibatkan tokoh politik, saya ingin memaklumkan bahawa hantaran tersebut telah diturunkan daripada media sosial rasmi saya.

    "Keputusan ini dibuat selepas saya melakukan penilaian semula terhadap kandungan kenyataan tersebut, selain mengambil kira nasihat serta pandangan kepimpinan parti agar setiap kenyataan yang dikeluarkan sentiasa berlandaskan kebijaksanaan, adab serta disiplin komunikasi politik yang matang.

    "Sebagai seorang pemimpin parti, saya sentiasa menghormati prinsip bahawa perbezaan pandangan dalam politik wajar dizahirkan secara tegas tetapi berhemah, tanpa menjejaskan nilai profesionalisme dan adab dalam wacana awam," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

    Sebelum ini, Hishamuddin membuat satu hantaran Facebook yang menyentuh mengenai Afnan Hamimi dan bapanya, Taib Azamudden yang turut diselit bersama gambar kondom.

    Hantaran Hishamuddin itu berbunyi: "Menilai hantaran ucapan Afnan Hamimi di Kedah, saya percaya jika Taib Azamudden lebih berhati-hati nescaya beliau takde anak kurang ajar dan tidak beradap".

    MENARIK:  PBB: Lebih 737,000 penduduk Gaza dipindahkan akibat serangan Israel

    Taib Azamudden adalah bekas Imam Masjid Negara yang juga bekas Ahli Parlimen Baling dan pemenang Tokoh Maal Hijrah 1446 Kedah. Dia juga pernah menanggotai Majlis Syura Ulama, PAS.

    Mengulas kecaman itu, Afnan Hamimi menerusi Facebook, menegaskan bahawa sebagai ahli politik, dia sedia berdepan dengan sebarang asakan, namun tindakan mengheret maruah bapanya adalah sesuatu yang melampaui batas kebudayaan politik.

    "Duduk dalam gelanggang politik, sepak terajang itu lumrah.Tapi bila diheret mereka yang di luar gelanggang masuk dalam gelanggang, disepak diterajang semahunya, itu tak gentleman.

    "Pakcik seorang pemimpin sebuah parti politik. Tak perlulah saya sebut parti mana. Bila pakcik maki cerca abah saya, ini sangat tidak matang. Ini menghina maruah. Ini serangan peribadi," katanya.

    Afnan turut memberitahu bahawa dia dan keluarganya sedang berbincang dengan peguam mereka untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Hishamuddin.

    "Kami sekeluarga sedang berbincang dengan peguam untuk ambil tindakan undang-undang," tambahnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah