34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lutut Aniq Suhair ‘Koyak’, Terima Enam Jahitan – ‘Saya Tergelincir, Kaki Tersadung Batu’

    Shopee Sale

    Pelakon, Aniq Suhair berdepan detik cemas apabila mengalami kecederaan di bahagian lutut ketika menjalani penggambaran filem Bisikan Nafsu, pada Khamis.

    Artikel Berkaitan: Hampir Dua Tahun ‘Hilang’, Aniq Suhair Banyak Muhasabah Diri – ‘Tempoh Berehat Saya Jumpa Kunci Perantara Dengan Allah’

    Artikel Berkaitan: Aniq Suhair Tak Merajuk Dengan Dunia Lakonan – ‘Saya Sedang Fokus Untuk Tamatkan Pengajian’

    Lutut koyak

    Menerusi hantaran di Instagram, Aniq, 25, berkata, insiden berlaku disebabkan dia tergelincir dan kakinya tersadung batu sewaktu melakonkan babak melompat dari tembok ke dalam sungai.

    Malang memang tak berbau. Khamis merupakan hari terakhir di set penggambaran filem Bisikan Nafsu. Ada satu babak yang perlukan komitmen fiziakl dan saya cuba untuk buat yang terbaik.

    Babak itu saya kena melompat dari tembok turun ke sungai besar dan pergi ke seberang. Tapi nak jadikan cerita saya tergelincir, kaki tersadung di batu dan zass enam jahitan.

    Dalam perkongsian sama, Aniq turut merakamkan penghargaan kepada pihak klinik kesihatan yang memberikan rawatan segera selepas kejadian itu.

    Apa pun, terima kasih yang tak terhingga kepada nurse, doktor dan seluruh staff Klinik Kesihatan Bukit Besi atas layanan yang sangat baik dan tindakan pantas merawat saya.

    Terima kasih juga kepada team produksi dan abang Riza yang terus rushkan saya ke klinik. Hargai sangat. Untuk sementara ini nampaknya memang kena rehat. Tiada aktiviti berat melibatkan kaki. Doakan saya cepat sembuh.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  Fify Azmi Dedah Hubungan Serius Dengan Niezam Zaidi, Tak Suka Bercinta Lama – ‘Kalau Boleh Nak Ke Arah Kebaikan’

    The post Lutut Aniq Suhair ‘Koyak’, Terima Enam Jahitan – ‘Saya Tergelincir, Kaki Tersadung Batu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah