
Pelakon Fify Azmi akhirnya mengakui bahawa dirinya sedang menjalin hubungan serius dengan aktor Niezam Zaidi, 33 malah mempunyai perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya.
‘Hubungan tu memang serius’

Ketika ditemui oleh , Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 35, berkongsi bahawa dia dan Niezam telah mengenali satu sama lain selama dua tahun, namun hanya mula serius sejak setahun lalu.
Hubungan tu memang serius. Tak akan nak bercinta main-main. Saya ni tak mahu dan tak berminat untuk bercinta lama sangat. Kalau boleh kita ke arah kebaikan.
Meskipun mereka sudah ada perancangan untuk masa depan, Fify enggan terlalu terbuka berkongsi mengenai hubungan tersebut selagi belum ada kepastian. Sebaliknya meminta orang rami mendoakan yang terbaik.
Kita doakan yang terbaik. Kita memang ada perancangan untuk ke arah kebaikan tapi yang menentukan adalah Allah SWT.
Sebenarnya saya tak nak kongsikan kalau benda tu tak ‘confirm’ lagi, baik kita tak payah heboh-heboh.
Bila masa sampai masanya, baru saya umumkan. Sebenarnya benda ini tak penting pun, yang penting sekarang adalah pekerjaan dan kehidupan kita selepas ini.
Fify berkata demikian pada sidang media dan majlis berbuka puasa filem Felino di Hotel Eastin, Petaling Jaya pada Khamis.
‘Dia sopan, baik dan sweet’

Ketika ditanya mengenai keperibadian Niezam, Fify menyifatkan aktor itu seorang lelaki yang baik dan sopan.
Dia sopan, baik dan ‘sweet’ serta sangat ‘protective’.
Kita sebagai wanita, apa-apa pun kita memerlukan seseorang lelaki di samping kita yang melindungi, yang boleh menjaga dan membimbing,
Dalam perkembangan lain, Fify akan kembali melakonkan genre aksi menerusi Felino yang diterbitkan Art Ornament Sdn Bhd.
Penggambaran filem tersebut dijangka akan bermula pada Ogos tahun ini dan sesi latihan dilakukan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Filem itu turut membariskan nama-nama handalan termasuk Datuk Adi Putra, Shaheizy Sam dan Andy Teh.





