32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lebih 23.6 Juta Pengguna Domestik Akan Nikmati Kadar Elektrik Lebih Adil Mulai Julai

    Shopee Sale

    Bermula 1 Julai 2025, lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan terlibat dengan pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang telah diluluskan oleh Kerajaan. Langkah ini bertujuan untuk mewujudkan struktur tarif yang lebih adil, progresif dan selaras dengan kos sebenar pembekalan tenaga elektrik.

    Pelaksanaan ini berlangsung di bawah kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) dan akan berkuat kuasa hingga 31 Disember 2027.

    Apa yang berubah dalam tarif baharu ini?

    Pelarasan Kadar Purata Tarif Asas

    • Kadar asas baharu ditetapkan pada 45.40 sen/kWj, sedikit rendah berbanding 45.62 sen/kWj yang diluluskan sebelum ini.
    • Ini mewakili pengurangan sekitar 19% secara purata berbanding tarif semasa dalam Tempoh Regulatori Ketiga (RP3).

    Pengenalan Jadual Tarif Baharu

    • Pengguna akan dikategorikan mengikut jenis penggunaan dan tahap voltan (rendah, sederhana, tinggi).
    • Caj bagi setiap komponen—tenaga, kapasiti, rangkaian dan peruncitan—akan disesuaikan dengan kos sebenar penyediaan.

    Insentif Penggunaan Cekap Tenaga

    • Pengguna domestik yang menggunakan 1,000 kWj ke bawah sebulan dijangka tidak terkesan dengan pelaksanaan tarif baharu.
    • Bagi pengguna bukan domestik voltan rendah, penggunaan 200 kWj dan ke bawah turut diberi insentif.

    Peluasan Skim ‘Time of Use’ (TOU)

    • Penggunaan elektrik pada waktu luar puncak lebih panjang iaitu keseluruhan Sabtu, Ahad dan 10 malam sehingga 2 petang pada hari Isnin hingga Jumaat
    • Ini memberi peluang kepada pengguna untuk mengurus penggunaan elektrik secara lebih bijak, sekali gus menjimatkan bil bulanan.

    Lindungan untuk golongan sasaran

    Untuk memastikan kebajikan terus terjaga, beberapa bantuan khusus akan diteruskan:

    • Tarif Spesifik untuk kategori pertanian, perkhidmatan air, pembetungan dan operator rel atau traction
    • Rebat  10% untuk institusi berdaftar pengajian tinggi, sekolah, rumah kebajikan dan rumah ibadat.
    • Rebat Bil Elektrik RM40 untuk Ketua Isi Rumah berstatus miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.
    MENARIK:  Luqman Podolski Suntik Kisah Seram, Tampil Dengan Lagu ‘Cerita Malam Raya’

    Pengguna boleh semak kelayakan di:

    Mekanisme penyesuaian kos yang lebih dinamik

    Kerajaan turut memperkenalkan sistem Automatic Fuel Adjustment (AFA) bagi menggantikan mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT).

    • Mekanisme baharu ini akan melaraskan kos bahan api secara automatik berdasarkan harga pasaran dan kadar tukaran asing.
    • Perkembangan dan maklumat berkaitan akan dikemas kini secara bulanan di laman rasmi Suruhanjaya Tenaga.

    Bil elektrik format baharu

    Mulai Julai 2025, pengguna akan menerima bil elektrik dalam format baharu yang lebih terperinci (itemised billing). Ini bagi membolehkan pengguna memahami dengan lebih jelas komponen yang membentuk jumlah bil bulanan mereka.

    Di mana nak semak kadar baharu?

    Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut bermula:

    • 21 Jun 2025, 12 tengah hari – Jadual tarif akan tersedia di:
    • 23 Jun 2025 – Kalkulator anggaran bil boleh digunakan di:

    Sebagai badan kawal selia tenaga di Semenanjung Malaysia, ST komited untuk memastikan pelaksanaan tarif berdasarkan prinsip adil, telus dan mampan bagi memenuhi keperluan dan mengimbangi kepentingan semua pengguna tenaga.

    Penstrukturan dan penyelarasan secara menyeluruh ini merupakan langkah penting bagi merealisasikan serta memperkukuh agenda peralihan tenaga negara yang saksama dan inklusif.

    Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui TNB CareLine di 1-300-88-5454 atau emel ke tnbcareline@tnb.com.my.

    The post Lebih 23.6 Juta Pengguna Domestik Akan Nikmati Kadar Elektrik Lebih Adil Mulai Julai first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah