Jurulatih kecergasan, Tareq Fit menyifatkan pelakon Que Haidar sebagai lapar perhatian susulan trend lagu ‘Jamilah’ yang sering dilakukan aktor itu di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tareq Fit Tegur Kaum Lelaki ‘Asyik’ Buat Trend ‘Jamilah’ – ‘Ini Bukan Aura Jantan Sejati’
‘Baring atas katil, lapar perhatian’

Menerusi hantaran di platform Threads, Tareq mendakwa, Que hanya ingin meraih pujian orang ramai melalui konten tersebut yang dianggap tidak mendatangkan sebarang manfaat.
Konten kau apa? Baring atas katil macam sotong (lembut), lapar perhatian, mencari pujian daripada perempuan murah, perempuan yang tak jaga muka suami kerana suami mereka dayus.
Jika perempuan ada lelaki yang jaga dia dengan elok, perempuan itu tidak akan komen.
Tareq turut menegaskan bahawa individu yang menghasilkan konten sedemikian dianggap kurang bijak serta mencemarkan imej agama dan bangsa.
Trend bodoh ini, lelaki sotong sahaja yang buat. Memalukan agama dan bangsa.
Menjengah ke ruangan komen, segelintir wargamaya menyokong pendapat Tareq, manakala segelintir lagi tidak bersetuju.
Jelas warganet, apa yang dilakukan Que sekadar konten bersahaja bagi menghiburkan diri sendiri dan mengisi masa lapang.
Sumber: Threads
The post ‘Konten Kau Apa? Baring Atas Katil Macam Sotong’ – Tareq Fit Dakwa Que Haidar ‘Lapar’ Perhatian? first appeared on OHBULAN!.





