29 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Impak ‘Walid’, Faizal Hussein Terima DM Wanita Indonesia Minta Jadi Isteri – ‘Ramai Ajak Kahwin’

    Shopee Sale

    Kejayaan Faizal Hussein menghidupkan watak Walid dalam drama Bidaah ternyata memberi kesan luar jangkaan, apabila aktor itu menerima pelbagai mesej daripada peminat yang secara terbuka menyatakan hasrat untuk berkahwin dengannya.

    Artikel Berkaitan: Faizal Hussein Pilih Jaga Hati, Tak Tegur Pelakon Bermasalah

    Artikel Berkaitan: ‘Babak Usap Janggut Guna Kaki & Minum Air Basuhan Kaki Adakah Kisah Benar’ – Faizal Hussein

    ‘Anggap Walid sebenar’

    Faizal atau Mohd Faizal Hussein, 58, mengakui, kebanyakan mesej berunsur ‘lamaran’ itu diterima menerusi media sosial, khususnya daripada peminat dari Indonesia yang terlalu menghayati karakter Walid sehingga menganggapnya sebagai figura sebenar.

    Banyak mesej saya terima, kebanyakannya dari Indonesia. Ada yang cakap nak jadi isteri saya, ada juga yang minta saya doakan mereka. Ada yang sampai anggap saya ini Walid sebenar.

    Ada juga yang bergurau, tapi kita boleh bezakan mana yang serius dan mana yang tidak. Yang ajak kahwin itu memang ramai, siap ada yang kata kawan mereka berminat. Saya cuma baca sahaja, memang tak balas.

    Faizal berkata demikian ketika ditemui di sesi pratonton eksklusif daram Walid di Saloma, Kuala Lumpur, pada Rabu.

    Mengulas reaksi isterinya, Suhaila Sulaiman, Faizal menjelaskan pasangannya tidak terganggu dengan perkara tersebut dan memahami realiti dunia lakonan yang diceburinya sejak sekian lama.

    Isteri saya memang tak ambil serius. Dia faham sebab dia sendiri graduan ASWARA, jadi dia tahu selok-belok industri ini. Dia jenis ‘sporting’ dan sudah kenal siapa saya.

    Cuma kalau melibatkan adegan tertentu seperti bersentuhan atau babak romantik, saya tetap akan bincang dulu dengan dia. Kalau dia kata boleh, barulah saya terima tawaran itu.

    Tambah Faizal, dalam konteks industri tempatan, pelakon sering berdepan keterbatasan untuk menyampaikan mesej watak secara menyeluruh, namun dia tetap berusaha memberi yang terbaik demi pemahaman penonton.

    MENARIK:  Rita Rudaini Tegur Tindakan Alif Teega & Aisyah Hijanah Kongsi Pengalaman Direman SPRM – ‘Nanti Ada Yang Fikir Kena Gari Seronok’

    Dalam pada itu, Faizal mengakui teruja melihat impak besar watak Walid yang kini diperluaskan menerusi siri Walid, termasuk sambutan hangat di Indonesia.

    Apabila watak ini meletup di Indonesia, mereka mula selidik siapa pelakon sebenar. Ada yang pada awalnya tak suka, tapi selepas kenal saya, jumlah pengikut media sosial saya meningkat.

    Malah akaun anak-anak saya pun turut menerima pertambahan pengikut. Alhamdulillah, impaknya sangat positif. Tambahan pula, ada beberapa ‘walid’ sebenar di sana yang akhirnya ditangkap.

    Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra, Walid diterpenerbitkan dan skirp ditulis oleh Erma Fatima serta pengarah Pali Yahya.

    Selain Faizal sebagai watak utama, siri ini turut dibintangi Aqasha, Datuk A. Tamimi, Olla Ramlan, Marisa Yasmin, Vanidah Imran dan ramai lagi.

    The post Impak ‘Walid’, Faizal Hussein Terima DM Wanita Indonesia Minta Jadi Isteri – ‘Ramai Ajak Kahwin’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah