28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kita Boleh Tak Setuju, Tapi Biarkan Perbuatan & Hal Mereka Diselesaikan Sendiri’ – Idzham Ismail

    Shopee Sale



    idzham

    Gara-gara memuat naik video bersama selebriti kontroversi Aliff Aziz, aktor Idzham Ismail telah dihujani dengan kritikan oleh warganet.

    Pandangan Idzham

    idzham

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Idzham dan Aliff berdiri bersebelahan dan berjalan ke arah kamera.

    Difahamkan kedua-dua aktor itu bergandingan di dalam pembikinan drama Terjerat yang turut menampilkan aktres Ruhainies.

    Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh warganet yang rata-rata kurang senang melihat Aliff.

    Alahai kenapa ada dia tu? Sakit mata.

    Tak suka perangai buruk yang sebelah tu.

    Pilih Idzham, yang sebelah tu tak nak.

    Bagaimanapun, terdapat seorang individu tampil memberi pendapatnya agar orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukuman dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT meskipun aktor itu bermasalah.

    Kita ni sokong tak payah benci sesama Melayu, dosa Alif biarkan kepada Allah saja. Siapa kita nak menghukum?

    Pelakon berusia 35 tahun itu dilihat turut meninggalkan komen dan bersetuju dengan kenyataan individu tersebut.

    Betul. Kita boleh tidak setuju tapi biarkan perbuatan dia dengan hal mereka diselesaikan mereka sendiri.

    Kita doa yang terbaik untuk kita.

    Terdahulu, episod demi episod tentang kisah kemelut rumah tangga Aliff dan Bella terbongkar selepas aktor itu ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies.

    MENARIK:  Jangkitan Kuman Di Paru-Paru Tidak Serius, Alyah Dibenarkan Pulang Ke Rumah

    Kontroversi tersebut menjadi lebih besar apabila ‘kekasih gelap’ Aliff iaitu Sarah Yasmine muncul dan mendedahkan mesej perbualan antara aktor itu dengan Ruhainies.

    Bukan itu sahaja, beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah