28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekalan minyak terjamin, kenaikan harga terus tekan kewangan negara – PM

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bekalan minyak negara kekal terjamin, namun peningkatan harga global bahan api itu yang tidak dapat dielakkan terus memberikan tekanan kepada kewangan kerajaan, yang komited mengekalkan harga subsidi RON95 pada RM1.99 seliter demi melindungi majoriti rakyat.

    Beliau berkata gangguan dan risiko terhadap laluan perdagangan antarabangsa akibat konflik di Asia Barat telah menyebabkan kos penghantaran dan insurans meningkat, sekali gus memberikan kesan kepada harga minyak.

    Namun, Perdana Menteri berkata Malaysia masih dapat menjamin bekalan minyak dan gas untuk kegunaan domestik melalui hubungan baik dengan Iran serta negara pengeluar lain, antaranya Rusia, Turkmenistan dan Uzbekistan.

    "Jadi, itu (bahan api) ada (terjamin dari) segi supply, tetapi harga meningkat.

    "Ini bukan masalah yang berpunca daripada kita, tetapi yang berlaku (faktor luaran). Sebab itulah, kita terpaksa berdepan dengan (cabaran) harga minyak," kata beliau pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, di Putrajaya hari ini.

    Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata antara langkah yang diambil termasuk mengekalkan subsidi bahan api seperti RON95, serta memperkenalkan bantuan bersasar seperti inisiatif BUDI MADANI bagi membantu golongan terkesan.

    MENARIK:  Menteri Sabah sangkal dakwaan Adun isu status pelaburan keluli

    Bagaimanapun, beliau menegaskan kos subsidi yang tinggi menjadi cabaran besar kepada kerajaan, sekali gus memerlukan penyesuaian dasar dari semasa ke semasa.

    Anwar berkata pendekatan kerajaan kini dalam mendepani cabaran berkenaan lebih tertumpu kepada penyasaran bantuan bagi memastikan golongan yang benar-benar memerlukan terus dilindungi.

    Kerajaan juga akan terus memantau harga barangan serta mendapatkan maklum balas di lapangan bagi memastikan dasar yang dilaksanakan benar-benar berkesan.

    Perdana Menteri turut menegur pihak yang mengeluarkan kenyataan tidak berasaskan fakta berhubung laluan kapal minyak di Selat Hormuz, sambil menegaskan situasi sebenar jauh lebih kompleks.

    Beliau berkata terdapat dakwaan termasuk daripada pemimpin tertentu yang menyatakan kapal syarikat negara tidak melalui laluan itu, sedangkan realitinya ia adalah antara laluan penting perdagangan tenaga global.

    "Ini kadang-kadang politik di Malaysia ... dia tak kira fakta, dia tak kira benar ... tidak pernah tabayyun, tidak pernah menilai kebenaran dan faktanya," kata beliau.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah