28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hina Sultan Selangor: Polis terima 280 laporan

    Shopee Sale

    Sebanyak 280 laporan polis telah diterima setakat semalam, berhubung penularan satu karikatur di media sosial yang mengandungi unsur penghinaan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 25 April lepas.

    Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata laporan polis itu diterima dari seluruh negara yang dibuat oleh pelbagai pihak bagi mengecam tindakan provokasi melampau berkenaan.

    “Siasatan kini dijalankan di bawah rujukan Bandar Kinrara RPT: 4809/26, dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

    “Fokus utama siasatan yang sedang giat dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah untuk mengesan serta menangkap pelaku yang bertanggungjawab dalam mencemar kedaulatan institusi diraja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Inisiatif sekolah bertingkat tangani masalah kepadatan - PM

    Shazeli turut menasihati orang ramai agar menyerahkan sepenuhnya proses siasatan kepada pihak berkuasa dan tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu perjalanan kes.

    Beliau berkata sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan berdasarkan keperluan semasa.

    Sebelum ini, beberapa pihak termasuk Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, exco kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan tampil meminta PDRM dan MCMC mengambil tindakan tegas terhadap hantaran yang menghina Sultan Selangor.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah