28 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    King Evian Dinobatkan Juara Cat Fashion Week!

    Shopee Sale

    Nor Anis Halyatie dan kucing ragdoll jantan miliknya, Evian, muncul juara Cat Fashion Week selepas memukau juri dengan persembahan penuh gaya. Mereka menewaskan tujuh finalis lain pada pentas akhir semalam dan berjaya membawa pulang trofi serta wang tunai RM5,000.

    Artikel Berkaitan: Kucing Anda Penuh Gaya? Sertai Uji Bakat Acara Terbesar, Cat Fashion Week!

    Artikel Berkaitan: Furever Friends: Peluang Adopsi Kucing Pada 20 Julai Ini Di Pavilion Damansara Heights

    King Evian paling menyerlah!

    Pentas akhir Cat Fashion Week bukan sekadar pertunjukan fesyen, tapi jadi medan kreativiti dan kasih sayang antara pemilik dengan kucing. Ada yang berhabis hingga RM5,000 untuk busana eksklusif, malah ada juga yang kreatif DIY ‘props’ ikut warna bulu dan mata si bulus.

    Evian tampil memukau dengan konsep ‘royalty’, lengkap jubah baldu biru gelap berhias manik emas ilham mata birunya. Aura bangsawan itu persis karakter sebenar si comel yang cukup tegas bab ketepatan masa, terutama waktu makan.

    Menurut Nor Anis, ini merupakan kali pertama dia menyertai pertandingan peragaan kucing dan bersyukur atas kemenangan yang tidak disangka-sangka.

    Tak sangka langsung kami boleh menang! Mula-mula masuk pun sekadar suka-suka, sebab ini kali pertama saya sertai pertandingan macam ni.

    Konsep royalty memang tepat dengan karakter Evian yang macam raja. Hadiah kemenangan belum fikir lagi… mungkin saya akan beri dia ayam rebus kegemarannya.

    Naib juara disandang Juny, si bulus gebu yang anggun dalam gaun merah mewah jahitan tangan suami Nur Farahin. Persembahan mereka sarat kasih sayang dan berjaya menyentuh hati penonton.

    Chibbu dan Sharifah Nurulawwal meraih tempat ketiga dengan tema Mesir Purba, lengkap kostum mewah, aksesori permata serta ‘props’ padang pasir. Kehadiran dua ‘dayang’ pengiring menambah sentuhan dramatik pada persembahan mereka.

    Anugerah khas FELIX – Si Bulus Paling Memikat dimenangi Goyem milik Siti Rohani yang datang dari Kedah untuk penyertaan pertamanya. Bertema misi operasi dengan topi koboi songket, Goyem mencuri perhatian dengan gimik keluar dari kotak, mengimbau detik pertama Siti menemuinya.

    MENARIK:  Makan Di Mamak Bukan Punca Gemuk, Lelaki Ini Kongsi Tips Turun Berat Dari 130kg Dengan Order Thosai & Teh O Ais

    Selaku Pengurus Besar Kandungan TV3 iaitu Puan Marlia Zul Amran turut meluahkan keterujaannya atas usaha pemilik kucing yang memikat hati penonton.

    Semua konsep datang terus daripada peserta sendiri. Mereka sangat bersungguh-sungguh, persiapannya ibarat untuk Anugerah Juara Lagu (AJL).

    Kami juga mengadakan sesi perbincangan bersama finalis bagi memperhalusi konsep persembahan supaya dapat memenuhi apa yang mereka inginkan.

    Program ini benar-benar segar untuk tontonan umum, dengan menampilkan kucing sebagai bintang utama. Kami berharap ia dapat memupuk rasa sayang terhadap haiwan sambil mewujudkan lebih banyak kenangan manis bersama kucing kesayangan.

    Pentas akhir diadili oleh Mohd Jeffrey, Mark Adam, Shiha Zikir, dan Rizman Nordin, yang masing-masing membawa perspektif unik dan pandangan tersendiri.

    Cat Fashion Week ialah program realiti TV3 pertama yang menggabungkan kucing, fesyen dan hiburan di kaca televisyen. Ia bukan saja menyerlahkan ikatan pemilik dan si bulus, tetapi juga menekankan kepentingan penjagaan serta kebajikan haiwan.

    Acara ini membuktikan kucing juga mampu memikat kamera dan hati penonton dengan gaya serta pesona tersendiri.

    Cat Fashion Week dibawakan oleh penaja PURINA FELIX – Rasa Memikat, Kucing Buat Apa Saja!, bersama rakan radio rasmi Hot FM dan rakan digital rasmi SAYS.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang TV3 atau drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, TikTok dan Instagram TV3.

    Senarai Penuh Pemenang Cat Fashion Week

    • Juara: Nor Anis Halyatie Binti Halim (Kucing: Evian) 
    • Naib Juara: Nur Farahin Binti Zakaria (Kucing: Juny) 
    • Tempat Ketiga: Sharifah Nurulawwal Binti Sayed Abd Rahman (Kucing: Chibbu) 
    • Anugerah FELIX: Siti Rohani Binti Abdul Hamid (Kucing: Goyem)

    The post King Evian Dinobatkan Juara Cat Fashion Week! first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah