Persengketaan antara personaliti media sosial, Aireena Sofia dan bekas suaminya, Haqiem Stopa akhirnya menemukan jalan penyelesaian apabila kedua-dua mereka mencapai penyelesaian secara baik.
Artikel Berkaitan: ‘Maafkan Mommy Tak Dapat Berikan Keluarga Yang Sempurna’ – Aireena Sofia Kongsi Wajah Anak Usia 10 Bulan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Halang Dia Berjumpa Dengan Anak’ – Aireena Sofia
Berbaik
Menerusi perkongsian di media sosial, Aireena yang juga dikenali sebagai Jane berkata dia memilih untuk memaafkan Haqiem namun mengakui tidak mampu melupakan segala yang telah berlaku.
Saya dah maafkan awak tapi tidak mampu melupakan.
Semoga Hud membesar jadi anak yang soleh dan awak boleh jadi ayah yang baik untuk Hud.
Kata Jane, dia sudah belajar untuk memaafkan individu yang pernah menyakitinya kerana percaya bahawa setiap kebaikan dan keikhlasan akan mendapat balasan yang baik daripada Tuhan.
Walau sakit atau perit macam mana yang kita lalui Allah lebih mengetahui segala – galanya.
Kita hanya mampu berserah pada Allah.
Terdahulu, Haqiem dan Aireena sah bercerai talak satu pada 13 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat, Kuang, Selangor.
Untuk rekod, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Bagaimanapun, selepas perceraian mereka, keadaan menjadi semakin rumit apabila kedua-duanya dilaporkan berdepan konflik dan perselisihan faham.
Sumber: TikTok
The post Aireena Sofia, Haqiem Stopa Sudah Berbaik – ‘Dah Maafkan Tapi Tak Mampu Lupakan’ first appeared on OHBULAN!.



.

